Utusan Borneo (Sabah)

Suspek kes pecah masuk diberkas

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Polis mengesahka­n gambar tular penahanan seorang lelaki di Fajar di sini, Selasa lalu, melibatkan penangkapa­n suspek kes pecah masuk ke premis makanan di Kompleks Sukan Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata suspek, 42, warga asing, ditahan kira-kira jam 11 pagi oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tawau di dalam Ops Kesan/Cantas.

“Semasa berada di kawasan terbabit, pasukan kita terserempa­k dengan seorang lelaki yang mencurigak­an sebelum menghampir­inya namun lelaki itu cuba melarikan diri.

“Tindakan lelaki itu membuatkan berlaku satu pergelutan sebelum polis berjaya menangkap suspek,” katanya dalam kenyataann­ya di sini, kelmarin.

Fadil berkata siasatan lanjut kemudianny­a mengesyaki suspek mempunyai kaitan dengan kes pecah masuk premis Alfina Catering, Persatuan Squash Kompleks Sukan, di sini.

“Kejadian pecah masuk itu hanya disedari pengadu kirakira jam 2.20 petang Ahad lepas, sebaik mendapati tombol pintu sudah dirosakkan dan dipercayai dimasuki pencuri.

“Pemeriksaa­n di premis mendapati barang hilang seperti sebuah bakul berisi 40 helai baju-T, empat dozen stoking, sembilan dompet dan satu unit alat pemanas air,” katanya.

Beliau berkata suspek disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan siasatan dijalankan oleh Sarjan Noradnan Abdullah @ Philip.

Selasa lepas, gambar suspek ditahan menjadi tular di media sosial, dan wujud dakwaan yang mengatakan kononnya suspek ditahan orang awam kerana disyaki sebagai peragut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia