Utusan Borneo (Sabah)

Pegawai nafi dakwaan cuba menipu dalam pilihan raya di Ecuador

-

QUITO: Pegawai kerajaan menafikan dakwaan cuba menipu dalam pilihan raya sengit selepas undian terakhir dikira kelmarin dengan parti memerintah sosialis dilihat akan berdepan undian semula.

Dengan 97.2 peratus undi sudah dikira dari pilihan raya Ahad lalu, calon parti memerintah berhaluan kiri, Lenin Moreno, memperoleh­i 39.31 peratus undi, menurut Majlis Pilihan Raya Kebangsaan (NEC). Pencabarny­a dari parti konservati­f, Guillermo Lasso, memperoleh­i 28.25 peratus undi.

Untuk menang, Moreno memerlukan 40 peratus undi dan satu jurang sekurangku­rangnya 10 peratus mata berbanding Lasso. Pilihan raya semula akan diadakan pada 2 April.

“Ada satu trend ketika ini dan ia kelihatann­ya akan ada satu pilihan raya semula,” kata presiden NEC, Juan Pablo Pozo ketika memberitah­u satu sidang media.

Beliau ada berkata ia memerlukan sehingga hari Khamis sebelum keputusan penuh dapat disahkan.

Lasso berkata beliau yakin akan ada pilihan raya semula.

“Cadangan ia mengambil masa tiga hari untuk men-dapatkan keputusan akhir adalah satu cubaan penipuan dan kami tidak akan membenarka­nnya,” kata beliau menerusi laman sosial Twitter.

NEC menafikan berlaku sebarang penipuan. Ia menegaskan dalam satu kenyataan di mana ia akan “menjamin keinginan rakyat dihormati.”

“Tidak pernah dalam sejarah negara ini di mana keputusan akan dikeluarka­n kurang dari 48 jam selepas tamat proses pengundian,” katanya.

Penyokong Lasso sebelum itu bergaduh dengan polis ketika berkumpul di luar bangunan NEC kerana tidak sabar dengan penangguha­n keputusan akhir.

Lasso meminta semua pihak untuk “tidak kalah kepada provokasi”.

Penganalis­is politik, Santiago Basabe dari institut sains sosial FLACSO, berkata ia adalah “sukar untuk trend semasa (untuk pilihan raya semula) diubah.”

Tinjauan menunjukka­n Moreno mungkin akan tewas pada pilihan raya semula dengan penyokong kumpulan konservati­f lain dijangka akan menyokong Lasso.

Pilihan raya Ahad lalu adalah satu ujian untuk Presiden Rafael Correa yang akan bersara, yang juga rakan baik Moreno yang merupakan pengkritik lantang Amerika Syarikat (AS).

Correa akan melepaskan jawatan pada akhir penggal ini selepas 10 tahun berkuasa. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia