Utusan Borneo (Sabah)

Funding Societies jangka biayai 200 PKS tahun ini

-

KUALA LUMPUR: Modalku Ventures Sdn Bhd (Funding Societies), platform dalam talian pembiayaan antara rakan setara (P2P) yang diasaskan rakyat Malaysia, menjangka membiayai kirakira 200 perusahaan kecil dan sederhana tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM20 juta.

Pengasas bersamanya Kelvin Teo berkata syarikat itu menyasar 2,000 pelabur, terdiri daripada gabungan pelabur tempatan dan profesiona­l asing dan institusi kewangan.

“Selain itu, kami juga menerima minat dari pelabur sedia ada di Singapura, terutamany­a daripada sektor runcit, yang terdapat lebih 100, ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas pelancaran platform pengumpula­n dana masyarakat hutang bagi menyediaka­n kepada PKS dan pelabur pembiayaan alternatif yang boleh dipercayai dan peluang pelaburan.

Funding Societies memperkena­lkan dua produk bagi tahun ini, terdiri daripada pembiayaan bertempoh antara RM50,000-RM500,000 dan bagi tempoh tiga hingga 24 bulan, pembiayaan invois bagi kuantum RM30,000 - RM300,000 dan untuk tempoh satu hingga empat bulan.

Ia juga akan memperkena­lkan produk ketiga, pembiayaan mikro, pada 2018.

Teo berkata, syarikat itu yang memulakan pembiayaan hampir RM90 juta di Singapura dan Indonesia sejak Jun 2015, akan menumpukan kepada empat sektor PKS, iaitu pembuatan, borong, perdaganga­n runcit, pembinaan serta makanan dan minuman.

“Ini kerana sektor itu merupakan penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara yang memberikan sumbangan besar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Kah Meng Wong berkata syarikat tersebut yang telah memberikan 390 pinjaman setakat ini, mempunyai dua peratus kadar mungkir dan antara yang terendah di rantau ini, di samping menyediaka­n pulangan lebih 10 peratus secara keseluruha­nnya. Kadar faedah bagi peminjam terdiri daripada sembilan hingga 18 peratus.

Beliau juga berkata kadar kelulusan pinjaman di Singapura ialah kira-kira 15 hingga 20 peratus, manakala di Indonesia lima hingga 10 peratus.

“Kami menjalanka­n penilaian risiko yang ketat terhadap PKS sebelum membolehka­n mereka membuat pengumpula­n dana masyarakat di platform kami, tetapi kami lebih fleksibel, pantas dan mudah berbanding bank.

“Bank mengambil pendekatan berasaskan aset, manakala kami lebih menumpukan kepada aliran tunai PKS, untuk melihat sama ada mereka mempunyai wang mencukupi untuk membuat pembayaran semula.

“Apa yang penting, ia tanpa sebarang masalah kerana anda boleh memohon hanya menerusi dalam talian di laman web kami di fundingsoc­ieties.com.my, 24 jam sehari. Keseluruha­n proses ialah kirakira 20 peratus lebih pantas berbanding bank,” kata Kah. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia