Utusan Borneo (Sabah)

MATRADE unjur eksport barangan kosmetik berkembang pesat

Industri gaya hidup lelaki, wanita dipacu permintaan kian meningkat

-

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) mengunjurk­an eksport barangan kosmetik dalam industri gaya hidup untuk lelaki dan wanita berkembang pesat dipacu permintaan yang semakin meningkat.

Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Mohd Shahreen Zainooreen Madros berkata barangan kecantikan dan kosmetik bukan lagi eksklusif untuk wanita memandangk­an lebih ramai lelaki kini berbelanja bagi penampilan peribadi mereka, sekali gus memperluas­kan pasaran sasaran.

Kosmetik merupakan antara lima eksport utama Malaysia bagi industri gaya hidup dengan nilai RM1.25 bilion pada 2016.

“Antara 2011 dan 2016, nilai eksport keseluruha­n adalah RM12 bilion,” katanya kepada pemberita selepas pembukaan Bengkel Pembanguna­n Produk anjuran MATRADE dan Pusat ASEAN-Korea di sini, semalam.

Beliau berkata, dengan adanya permintaan, Malaysia akan memanfaatk­an segmen halal bagi barangan kecantikan dan kosmetik yang menawarkan pasaran lebih luas, tidak lama lagi.

Barangan kecantikan dan kosmetik halal menjadi semakin terkenal dalam kalangan pengguna muslim di seluruh dunia.

“Barangan halal bukan hanya terhad kepada pengguna Islam sahaja, malah ia juga untuk pengguna lain, memandangk­an konsepnya memberi penekanan khusus kepada kebersihan dan jaminan semasa proses pembuatan,” katanya. — Bernama

“Barangan

kecantikan dan kosmetik bukan lagi eksklusif untuk wanita memandangk­an lebih ramai lelaki kini berbelanja bagi penampilan peribadi mereka, sekali gus ” memperluas­kan pasaran sasaran. DR MOHD SHAHREEN ZAINOOREEN MADROS Ketua Pegawai Eksekutif

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia