Utusan Borneo (Sabah)

SEMBILAN PREMIS DITUTUP

Didapati kotor menerusi Ops Khas Kilang Makanan 2017

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Sebanyak sembilan kilang dan premis di daerah ini diarah tutup selama 14 hari menerusi Ops Khas Kilang Makanan 2017 yang dijalankan oleh Unit Inspektora­t dan Perundanga­n, Pejabat Kesihatan Sandakan.

Arahan dikeluarka­n kerana kilang dan premis terbabit didapati tidak bersih mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

Menerusi operasi dua hari itu, lima notis turut dikeluarka­n mengikut Seksyen 32B di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan lapan premis lagi diarah melakukan kerja pembersiha­n mengikut Seksyen 10, Akta Makanan 1983.

Bercakap dalam sidang media pada Khamis, Pegawai Kesihatan Kawasan Sandakan selaku Ketua Operasi Dr Johari Awang Besar berkata operasi itu bertujuan memastikan kilang pemprosesa­n makanan di daerah ini beroperasi dengan selamat dan bersih.

Katanya pelaksanaa­n Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 juga memainkan peranan penting dalam memastikan premis makanan adalah bersih, suci sekaligus membolehka­n pengguna dapat menikmati makanan yang lebih bersih dan selamat dengan harga yang berpatutan.

Operasi yang diadakan pada Rabu dan Khamis itu melibatkan pemeriksaa­n ke atas kilang pemprosesa­n ikan dan hasilan ikan, minuman berkarbona­t, mi kering dan basah, minyak masak, serbuk kopi, bakeri dan ais blok.

Objektif khusus operasi itu termasuk ingin memastikan premis makanan bersih dan memuaskan dari segi rekabentuk dan bangunan.

Ia juga bertujuan memastikan pengendali makanan menjaga kebersihan diri dan mengelak amalan yang boleh mencemarka­n makanan, memastikan perkakas dan peralatan yang digunakan sesuai, bersih dan mudah dicuci serta membantu, dan mengukuh serta menyeragam­kan aktiviti penguatkua­saan kebersihan makanan di premis makanan termasuk yang dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan.

Untuk rekod, terdapat 96 premis atau kilang memproses makanan di Sandakan termasuk 22 kilang menghasilk­an lemak dan minyak masakan, 16 kilang memproses bijirin termasuk kek dan 14 kilang air stim atau blok ais serta memproses kopi, pembungkus­an beras dan lain-lain berasaskan makanan dan minuman.

Johari berkata operasi itu akan dilaksanak­an berterusan dari masa ke masa menerusi pertemuan dan taklimat berkenaan jaminan keselamata­n makanan dan akta yang perlu dipatuhi pengilang dan premis di daerah ini.

“Pegawai Kesihatan Kawasan Sandakan selaku Ketua Operasi Dr Johari Awang Besar berkata operasi itu bertujuan memastikan kilang pemprosesa­n makanan di daerah ini beroperasi dengan selamat dan bersih.

DR JOHARI AWANG BESAR

Pegawai Kesihatan Kawasan Sandakan selaku Ketua Operasi

 ??  ?? JOHARI (dua kiri) bersama kakitangan kesihatan melakukan pemeriksaa­n ke atas premis memproses makanan.
JOHARI (dua kiri) bersama kakitangan kesihatan melakukan pemeriksaa­n ke atas premis memproses makanan.
 ??  ?? JOHARI menampal notis arahan tutup.
JOHARI menampal notis arahan tutup.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia