Utusan Borneo (Sabah)

PDRM ikut protokol antarabang­sa siasat pegawai Kedutaan Korea Utara

-

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mematuhi protokol antarabang­sa untuk mendapatka­n kerjasama Setiausaha Kedua Kedutaan Korea Utara, Hyon Kwangsong, bagi membantu siasatan kes pembunuhan Kim Jongnam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya akan menghantar permohonan melalui Kementeria­n Luar (Wisma Putra) untuk diserahkan kepada Kedutaaan Korea Utara, memandangk­an Kwang-Song, 44, memiliki imuniti diplomat.

“Beliau (Kwang-song) mempunyai imuniti, sebab itu saya cakap kami akan ikut protokol antarabang­sa kerana ia melibatkan pegawai kanan kerajaan luar negara.

“Perkara ini merupakan sebahagian daripada siasatan kami dan polis mempunyai cara tersendiri untuk menyiasat kes ini berdasarka­n protokol antarabang­sa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, kelmarin.

Khalid dalam sidang medianya semalam mengesahka­n Setiausaha Kedua Kedutaan Korea Utara itu sebagai seorang daripada dua individu yang dicari polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un.

Seorang lagi yang dicari polis ialah pekerja syarikat penerbanga­n Korea Utara (Koryo Air), yang dikenali sebagai Kim Uk-il, 37, dan kedua-dua mereka dipercayai masih berada di negara ini.

Khalid berkata memandangk­an Uk-il tidak mempunyai sebarang imuniti, dia diminta tampil memberi keterangan sebelum waran tangkap dikeluarka­n.

“Kami polis mempunyai cara sendiri dalam menyiasat kes berkenaan... kita tunggu dia datang kalau tidak akan proses (waran tangkap) untuk menahannya,” katanya.

Dalam pada itu, Khalid menafikan laporan media antarabang­sa yang mendakwa PDRM menghantar pasukan khas ke Macau untuk mendapatka­n sampel DNA daripada waris mendiang Jong-nam, yang belum tampil menyerahka­n sampel DNA atau membuat pengecaman mayatnya.

“Perkara ini tidak benar sama sekali... polis tidak menghantar mana-mana pasukan untuk dapatkan DNA daripada mana-mana pihak, mahupun menerima sampel DNA kerana siasatan masih diteruskan lagi,” katanya. -Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? KHALID (lima, kiri) bersama tetamu jemputan menggaul ‘Yee Sang’ sempena sambutan Tahun Baru Cina di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur kelmarin. Turut hadir Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh (empat, kiri).
GambarBern­ama KHALID (lima, kiri) bersama tetamu jemputan menggaul ‘Yee Sang’ sempena sambutan Tahun Baru Cina di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur kelmarin. Turut hadir Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh (empat, kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia