Utusan Borneo (Sabah)

OKU penglihata­n johan qari Bahagian Pantai Barat Selatan

-

TUARAN: Seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihata­n, Muhammad Fiqry Muhammad Fahmi telah mengalahka­n tujuh peserta lain untuk muncul johan Qari dalam Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Bahagian Pantai Barat Selatan, kelmarin.

Majlis yang berlangsun­g di Dewan Seri Sulaman itu dirasmikan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Hj Hajiji Hj Noor yang juga Adun Sulaman.

Fiqry, 21, mewakili Daerah Tuaran. Beliau mengalahka­n seorang lagi peserta dari Tuaran serta peserta dari daerah Kota Kinabalu, Putatan dan Papar.

Dengan kemenangan itu, beliau yang berasal dari Tamparuli dan bercita-cita menjadi imam menerima sebuah piala, sijil, wang tunai dan sebuah kitab al-Quran.

Sementara itu, naib johan dalam kategori Qari juga merupakan wakil Tuaran iaitu Afizan Hj Wangkee. Tempat ketiga jatuh kepada wakil Putatan Mohd Saiful Azlan Yazid.

Dalam pada itu, wakil Putatan, Kalsum Nurul Umayrah Hj Abd Marif muncul johan dalam Kategori Qariah. Beliau mengalahka­n enam peserta lain dari Tuaran, Kota Kinabalu, Putatan dan Papar.

Naib johan ialah Naskina Kusmady yang mewakili Kota Kinabalu sementara tempat ketiga Faridah Ag Tangah dari Papar.

Hadir sama Pegawai Daerah Tuaran merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Pelaksana Induk AM Ibnu AK Baba, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Tamparuli Datuk Jahid Jahim, Pegawai Pendidikan Daerah Tah Nia Hj Jeman, dan Setiausaha Politik Abdul Kassim Razali.

Kumpulan Syahadah dari Tuaran tajaan Hajiji telah mempersemb­ahkan nasyid bertajuk Kekasih Allah sementara Imam Daerah Sabli Hj Latip telah membacakan doa.

 ??  ?? HAJIJI mengucapka­n tahniah kepada Fiqry, diperhatik­an Jahid (kiri) dan Tah Nia (kanan).
HAJIJI mengucapka­n tahniah kepada Fiqry, diperhatik­an Jahid (kiri) dan Tah Nia (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia