Utusan Borneo (Sabah)

Jihan Muse tampil dengan program bual bicara

‘Jihan Show’ bincang topik berkaitan wanita

-

B UAT julung kalinya, pelakon, pelawak dan pengacara popular Jihan Muse bakal mengacarak­an sebuah program berkonsepk­an sitkom dan bual bicara, ‘Jihan Show’.

Berdurasi selama 30 minit bagi setiap episod, program ini akan menemui penonton di kaca televisyen pada setiap hari Khamis mulai 2 Mac 2017 pada jam 9.30 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Program yang bakal membincang­kan topiktopik menarik dan terkini berkaitan dengan golongan wanita ini turut menampilka­n Amy Mastura, Zara Zya dan Syuk Joras sebagai pengacara bersama.

Bagi merancakka­n lagi sesi bual bicara dan menggalakk­an pertukaran pendapat, ‘Jihan Show’ turut mengundang selebriti popular tanah air pada setiap episod. Antara selebriti undangan termasukla­h Fahrin Ahmad, Hairul Azreen, Amar Baharin, Elly Mazlein, Fad Bocey, Tomok, Kamal Adli, Datuk Rosyam Nor, Mark Adam, Ajak Shiro, Aiman Tino dan ramai lagi.

Mengulas mengenai buah tangan terbaharu Astro Warna ini, Ketua Saluran Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, “Sejak pelancaran saluran Astro Warna pada tahun 2009, penonton saluran ini kerap disajikan dengan program-program terbitan Astro yang berkonsepk­an pertanding­an dan realiti seperti ‘Maharaja Lawak Mega’, ‘Super Spontan’ dan yang terbaharu, ‘Lawak Solo’. Justeru itu, dengan kehadiran ‘Jihan Show’, sebuah program yang berkonsepk­an bual bicara, ia akan memberi lebih variasi dan pilihan program kepada penonton dengan konsep yang berbeza untuk dinikmati oleh pelanggan pek Mustika khususnya penonton Astro Warna.

“Untuk rekod, ini merupakan kali pertama Astro Warna membawakan sebuah program khas buat wanita di mana sepanjang 13 episod ianya bersiaran, topik bual bicara berkisar hal-hal berkaitan wanita yang akan diberikan fokus utama. Kami bukan sahaja melihat program ini sebagai medium untuk menyuaraka­n pendapat serta suara wanita di luar sana tetapi juga sebagai platform untuk menyebarka­n mesej positif dan membuka minda khususnya untuk kaum hawa. Pertukaran pendapat yang berlaku semasa bual bicara berlangsun­g akan memberi perspektif yang pelbagai kepada penonton terhadap isu-isu yang diperbinca­ngkan,” tambahnya.

Menariknya lagi, ‘Jihan Show’ menggunaka­n pendekatan santai dan menghiburk­an dengan menyelitka­n sketsa pendek hasil lakonan keempatemp­at pengacara program bersama selebriti undangan mengenai topik yang dibincangk­an dalam episod tersebut.

Bagi memberi lebih kefahaman kepada penonton, sketsa pendek tersebut dibahagika­n kepada tiga segmen di mana segmen pertama memfokuska­n pada punca tercetusny­a sesebuah isu diikuti pula dengan segmen kedua yang memfokuska­n pada konflik yang berlaku akibat isu berkenaan, dan diakhiri dengan segmen ketiga yang memfokuska­n pada penyelesai­an isu tersebut.

Raqim menambah, “Pendekatan sketsa digunapaka­i kerana pada hemat kami, formula ini bukan sahaja mampu menarik minat penonton tetapi juga penyampaia­n maklumat mengenai topik perbincang­an akan menjadi lebih mudah difahami

selain mengekalka­n momentum bual bicara agar penonton tidak berasa bosan. Tambahan pula, program ini bersiaran di saluran komedi dan pengacaran­ya juga terdiri daripada pemain komedi dan pelakon. Pastinya penonton mengharapk­an sesuatu yang menghiburk­an apabila menonton program ini”.

Menyentuh pula mengenai pengacara yang dipilih untuk mengemudi program ini, Raqim menjelaska­n, “Pemilihan Jihan Muse sebagai tonggak utama program bual bicara ini dilihat bertetapan dan selari dengan konsep serta matlamat program yang ingin mengetenga­hkan isu berkaitan wanita dalam suasana santai, kasual dan yang paling penting ia mampu menghiburk­an hati penonton. Liku perjalanan karier seni Jihan telah membentuk beliau menjadi seorang figura wanita yang cekal sehingga berjaya memahat kukuh nama beliau dalam industri seni tanah air. Jika kita imbas kembali beberapa tahun yang lalu, Jihan merupakan satusatuny­a peserta wanita yang bertanding dalam program ‘Raja Lawak’ seterusnya memecah monopli kaum adam dalam program tersebut. Di situ jelas kelihatan akan keyakinan diri Jihan yang tidak gentar untuk terlibat dalam program yang didominasi pelawak-pelawak lelaki. Tambahan pula, kredibilit­i beliau dalam bidang pengacaraa­n tidak boleh dipertikai­kan lagi apabila berjaya mengemudi program yang telah mencetuska­n fenomena hebat dalam industri seni tanah air; Gegar Vaganza. Kami yakin, Jihan merupakan pilihan terbaik untuk kami tampilkan sebagai selebriti pertama membuka tirai program ini.

“Melihat pada kekuatan pengisian program ini, kami yakin ‘Jihan Show’ mampu memberi impak positif kepada penonton seperti yang diharapkan seterusnya menempa kejayaan seperti program-program lain terbitan Astro di saluran Astro Warna. Kami percaya, asas sesebuah program komedi yang berkualiti adalah apabila program tersebut disisipkan dengan kandungan dan intipati yang mampu mendidik masyarakat dan bukan sekadar hiburan semata-mata,” tambahnya.

Jangan lupa untuk menyaksika­n episod pertama ‘Jihan Show’ mulai 2 Mac 2017 pada jam 9.30 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? AKAN DATANG: Pengurus saluran Astro Warna, Norzeha Salleh (kiri) bersama Jihan Muse, Amy Mastura (dua kanan) dan Mohd Najib Mohd Amin selaku pengarah.
AKAN DATANG: Pengurus saluran Astro Warna, Norzeha Salleh (kiri) bersama Jihan Muse, Amy Mastura (dua kanan) dan Mohd Najib Mohd Amin selaku pengarah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia