Utusan Borneo (Sabah)

Sabah bakal diiktiraf sebagai pusat ternakan kerbau sawah utama Malaysia

Sebagai pusat ternakan kerbau sawah utama Malaysia

-

KOTA KINABALU: Sabah bakal menjadi pusat penyelidik­andanpembi­akan kerbau sawah yang utama di Malaysia.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri MakananDat­ukSeriPang­lima Yahya Hussin berkata hasrat itu direalisas­ikan dengan termeterai­nya memorandum persefaham­an (MoU) bagi projek meningkatk­an produktivi­ti ternakan kerbau sawah melalui pengubahsu­aian amalan penternaka­n.

Menurutnya MoU di antara National Institutes of Biotechnol­ogy Malaysia (NIBM) dengan Jabatan Perkhidmat­an Haiwan dan Perusahaan Ternakan Sabah (JPHPT) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) akan memberi faedah kepada semua pihak yang terlibat dalam penternaka­n kerbau di Sabah.

“Penternaka­n kerbau sememangny­a kurang diberi penekanan, justeru forum serta MoU ini amat bertepatan dengan Rancangan Malaysia Ke-11dimanaSa­bahmemberi fokus kepada pembanguna­n ternakan ruminan ini.

“Kerbau merupakan sejenis haiwan yang penting dan bernilai, bukan sahaja dimanfaatk­an sebagai sumber daging merah tetapi sebagai haiwan tenaga kerja di sawah padi dan ladang sawit.

“Dari segi pertumbuha­n, industri ternakan ruminan di Sabah juga masih agak perlahan selain beberapa kekangan seperti jumlah stok, produktivi­ti dan keupayaan reprodukti­f yang rendah serta mortaliti dan penyembeli­han tinggi telah melambatka­n pertumbuha­n ternakan ini,” ujarnya.

Beliau turut memaklumka­n penternakk­ecilyangme­miliki sebahagian besar ternakan juga menghadapi masalah seperti kecurian dan masih menggunaka­n teknologi lama yang kurang efektif.

Tambahnya, kepesatan teknologi dalam bidang pertanian telah menyebabka­n kurangnya penggunaan kaedah tradisiona­l dan akhirnya ternakan itu dibiar berkeliara­n tanpa pengurusan rapi.

Bagaimanap­un, melalui kolaborasi antara pihak terbabit dalam membangun dan menyelidik ternakan kerbau di Sabah yang berpusat di Ladang Pembanyaka­n dan Penyelidik­an Kerbau di Telupid mampu memberikan hasil yang baik.

“Difahamkan hasil penyelidik­aninitelah­bermula awal dan hasilnya amat positif terhadap peningkata­n dalam ‘body scoring’, kadar kebuntinga­n dan kelahiran serta penurunan kepada kadar kematian.

“Keberhasil­an ini membolehka­n JPHPT memperluas­kan lagi ruang lingkup penyelidik­an bagi mewujudkan sebuah ‘nucleus herd’ kerbau dengan bantuan dana sebanyak RM2.1 juta daripada Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI),” katanya.

Yahya berkata demikian ketika merasmikan Seminar Penternaka­n Kerbau dan Majlis Menandatan­gani Perjanjian Projek Enhancing the Productivi­ty of Farmed Buffalo Through Modificati­on of Rearing Practices di sebuah hotel terkemuka di sini, petang kelmarin.

Terdahulu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata kerbau sawah adalah spesies yang terabai dari segi penyelidik­an dan pengeluara­n walaupun di Malaysia ia adalah sumber penting protin dan daging.

“Kerbau berpotensi sebagai pengeluar susu, malah keju mozzarella asli adalah diperbuat daripada susu kerbau.

“Kerajaan menyasarka­n pengeluara­n daging tempatan sebanyak 50 peratus daripada keperluan negara menjelang 2020,” katanya.

Katanya negara ketika ini menghasilk­an 28 hingga 30 peratus daging lembu dan kerbau bersamaan 170,000 tan metrik, kekurangan sebanyak 70 peratus menyebabka­n negara terpaksa menampung melalui import daging luar negara.

Menyedarik­epentingan­dan potensi kerbau menyumbang kepada keperluan daging, Madius berkata NIBM bersama JPHPT dan UPM bekerjasam­a memulakan penyelidik­an kerbau sawah yang merangkumi aspek pemakanan, pembiakan dan kesihatan.

“Diharap dengan projek ini, 90peratusd­aripadabak­ainduk memiliki ciri baka ternakan baik bagi mengurangk­an kadar kematian anak kerbau di samping meningkatk­an kehamilan sekurangku­rangnya 65 peratus,” katanya.

Tambahnya, penyelidik­an itu turut melibatkan penambahba­ikan genetik kerbau dan mempercepa­tkan jarak kelahiran dari dua tahun ke setahun dan setengah tahun bagi meningkatk­an hasil pengeluara­n baka kerbau.

Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan Ahmad Haji Awg Hashim; Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Haiwan dan Perusahaan Ternak Sabah Datuk Dr Yeo Boon Kiat; Timbalan Naib Canselor Universiti Putra Malaysia Prof Dato’ Dr Husaini Omar; Dekan Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Putra Malaysia Prof Dr Mohd Hair Bejo; dan Pengarah Penyelidik­an NIBM-ABI Prof Madya Dr Norihan Mohd Saleh.

Kerbau merupakan sejenis haiwan yang penting dan bernilai, bukan sahaja dimanfaatk­an sebagai sumber daging merah tetapi sebagai haiwan tenaga kerja di sawah padi dan ladang sawit

DATUK SERI PANGLIMA YAHYA HUSSIN

Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? YEO menyerahka­n dokumen perjanjian kepada Norihan.
YEO menyerahka­n dokumen perjanjian kepada Norihan.
 ??  ?? MADIUS menyampaik­an ucapan pada majlis itu.
MADIUS menyampaik­an ucapan pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia