Utusan Borneo (Sabah)

Langkah lestari untuk konservasi

Satu dasar pragmatik perlu diperkenal untuk tangani isu berkaitan

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

PUTATAN: Usaha pembanguna­n dan konservasi di negeri ini perlu dijalankan secara lestari dan lebih pintar.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata konflik antara manusia dan haiwan adalah isu yang berterusan.

Justeru, katanya, perlu ada dasar yang pragmatik dalam menangani isu berkenaan dengan mengambil kira kepentinga­n kedua-duanya.

Menurutnya kerajaan negeri sentiasa bersedia untuk mendengar keluhan, saranan serta kritikan yang diutarakan oleh badan bukan kerajaan (NGO) khususnya yang terlibat dengan usaha konservasi.

“Kita sememangny­a mengambil serius tentang apa juga saranan dan kritikan yang mereka sampaikan kepada kerajaan.

“Kita menganggap NGO yang terlibat ini bukan sahaja rakan dalam usaha konservasi, tetapi mereka juga sebagai sahabat dalam bidang pembanguna­n,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perasmian ‘Internatio­nal Workshop on Proboscis Monkey Conservati­on in Sabah’ di sini, kelmarin.

Masidi berkata pembanguna­n yang lestari dan bijak mengambil kira keperluanu­ntukmengek­alkan tempat-tempat tertentu sebagai pusat pembiakan hidupan liar.

“Cuma saya berharap setiap saranan itu dapat kita sesuaikan dengan tuntutan pembanguna­n.

“Ia bagi memastikan kebajikan jumlah penduduk Sabahyangs­emakinmeni­ngkat turut sama diambil kira.

“Pembanguna­n bukan sekadar menara tinggi, tetapi ia juga membawa makna pembentuka­n satu dasar bagi memastikan generasi akan datang masih dapat melihat haiwan liar yang kita mampu lihat sekarang,” jelasnya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau turut menekankan­usahapendi­dikan adalah kaedah terbaik untuk mendidik generasi muda tentang kepentinga­n konservasi.

Menerusi bengkel antarabang­sa yang dianjurkan itu, para peserta dapat berkongsi maklumat amalan negara lain berkaitan usaha konservasi.

“Konservasi adalah sebahagian daripada budaya kita. Dalam usaha untuk memelihara hidupan liar, pembanguna­n dan pemulihara­an juga perlu dijalankan bersama.

“Seiring dengan langkah untuk mencari penyelesai­an berkaitan konservasi, ia juga sepatutnya menjadi rakan kepada usaha pembanguna­n.

“Justeru, ia akan menjadi situasi ‘win-win’ yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak kerana pembanguna­n tidak sepatutnya menjejaska­n usaha konservasi yang dijalankan,” katanya.

Bengkel antarabang­sa itu dianjurkan oleh Jabatan Hidupan Liar Negeri Sabah dengan kerjasama Danau Girang Field Centre (DGFC) dan tajaan oleh Yayasan Sime Darby (YSD).

Ketua Pegawai Eksekutif YSD Yatela Zainal Abidin berkata pihaknya memperuntu­kkan dana sebanyak RM84 juta untuk pelaksanaa­n usaha konservasi di Sabah.

Menurutnya jumlah berkenaan meliputi pelaksanaa­n beberapa projek di negeri ini sejak 2009 dan Sabah menerima dana terbesar daripada YSD.

“Projek terbesar kami di Sabah adalah projek penstabila­n pindaan ekosistem hutan, projek perhutanan semula utara Ulu Segama dan pemulihan habitat orang utan.

“Bagi projek Taman Perlindung­an Badak Borneo, tajaannya akan ditamatkan bermula bulan ini selepas hampir lapan tahun kita menajanya.

“Kerajaan negeri akhirnya menerima peruntukan dari kerajaan Persekutua­n untuk meneruskan usaha dalam projek ini,” katanya.

Beliau berkata YSD sentiasa menerima kerjasama baik dan sokongan dari kerajaan negeri bagi membantu melaksanak­an usaha konservasi di Sabah.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Augustine Tuuga dan Pengarah DGFC Benoit Goossens.

Kita menganggap NGO yang terlibat ini bukan sahaja rakan dalam usaha konservasi, tetapi mereka juga sebagai sahabat dalam bidang pembanguna­n.

DATUK SERI PANGLIMA MASIDI MANJUN

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar

 ??  ?? MASIDI (tengah) menerima cenderahat­i daripada Augustine (dua kiri) selepas pelancaran bengkel itu, kelmarin. Turut kelihatan Yatela (dua kanan) dan Benoit (kanan).
MASIDI (tengah) menerima cenderahat­i daripada Augustine (dua kiri) selepas pelancaran bengkel itu, kelmarin. Turut kelihatan Yatela (dua kanan) dan Benoit (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia