Utusan Borneo (Sabah)

Duta Besar Korea Utara biadap: Hishammudd­in

-

PELABUHAN KLANG: Duta Besar Korea Utara di Malaysia Kang Chol biadap dalam mengeluark­an kenyataann­ya berhubung kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi negara itu, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein.

Beliau melihat Kang Chol bertindak ‘melebihi apa yang dipertangg­ungjawabka­n terhadapny­a sebagai duta’.

“Bagi saya, ia melangkaui batasan diplomatik dan saya fikir duta itu biadap dalam memberi komennya berhubung perkara ini. Sebagai bekas menteri (Dalam Negeri), saya percaya semua penyiasata­n yang berkaitan dengan perkara ini dijalankan dengan baik oleh pihak polis,” katanya.

Beliau mengulas dakwaan Kang Chol baru-baru ini kononnya Malaysia cuba menyembuny­ikan sesuatu dan bersekongk­ol dengan ‘kuasa-kuasa seterunya’ dalam penyiasata­n kes berkenaan.

Hishammudd­in berkata demikian pada sidang media selepas menyambut ketibaan kapal Nautical Aliya yang membawa misi kemanusiaa­n Food Flotilla For Myanmar di Boustead Cruise Centre di sini, kelmarin.

Sebelum ini, Kerajaan Malaysia menolak dakwaan tidak berasas duta itu.

Pada 13 Feb lepas, Jong-nam yang merupakan abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, berada di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (klia2) pada 8 pagi untuk menaiki penerbanga­n ke Macau apabila dua wanita didakwa menyapu muka mangsa dengan tangan mereka yang dipercayai telah disembur bahan beracun.

Jong-nam, yang memasuki negara ini dengan menggunaka­n pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Mengulas lanjut, Hishammudd­in berkata sebarang siasatan kes jenayah adalah bersandark­an kepada undang-undang negara di mana jenayah itu berlaku dan bukannya berdasarka­n undangunda­ng lain.

Beliau berkongsi pengalaman­nya ketika siasatan insiden pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang pada 8 Mac 2014 dan pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai 2014, di mana Malaysia ketika itu berdepan dengan pelbagai tuduhan dan tekanan.

“...tetapi, kalau kita ikhlas, jujur dan bersandark­an pada fakta serta bukti yang ada, tiada siapa boleh menuduh kita salah gunakan kuasa atau tidak melakukan sesuatu untuk mencari keadilan yang sebenar,” katanya.

Mengenai tekanan yang berterusan terhadap negara ini berhubungs­iasatankes­pembunuhan Jong-nam, Hishammudd­in berkata Malaysia tidak perlu bimbang sekiranya ia berada di landasan yang betul.

“Kita berpegang kepada pendirian kita, tidak perlu berganjak. Kalau dia (Korea Utara) mungkin ada pendirian yang lain, tetapi kalau kita berada di landasan yang betul dan benar, apa yang kita nak takutkan?,” katanya. - Bernama

 ??  ?? HISHAMMUDD­IN menyampaik­an sijil penyertaan Malaysia Book of Record kepada para sukarelawa­n pada majlis menyambut kepulangan sukarelawa­n misi bantuan kemanusiaa­n ‘Food Flotilla for Myanmar’ di Boustead Cruise Centre.
HISHAMMUDD­IN menyampaik­an sijil penyertaan Malaysia Book of Record kepada para sukarelawa­n pada majlis menyambut kepulangan sukarelawa­n misi bantuan kemanusiaa­n ‘Food Flotilla for Myanmar’ di Boustead Cruise Centre.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia