Utusan Borneo (Sabah)

APMM selamatkan bot rosak di perairan Nam Tung

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) membantu seorang nelayan yang mengalami kerosakan bot di perairan Nam Tung Sandakan kira-kira jam 7 malam Rabu lalu.

Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan LaksamanaP­ertamaMari­tim Zubil Mat Som berkata pihaknya menggerakk­an Bot Kilat 34 ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan di MRSC Kota Kinabalu pada jam 7.24 malam.

“Sebaik tiba pada jam 8.35 malam di lokasi kejadian, anggota kita mendapati bot nelayan terbabit mengalami kerosakan gearbox dan enjin sehingga gagal untuk dihidupkan.

“Anggota APMM kemudianny­a mengarahka­n mangsa dan seorang lagi rakannya untuk menurunkan sauh bagi mengelakka­n bot dihanyutka­n ombak,” katanya.

Beliau berkata bot sepanjang 53 kaki dan 10 kaki lebar itu kemudianny­a berjaya ditunda dan dibawa ke Jeti Sandakan selepas dibantu nelayan lain yang melalui lokasi kejadian jam 9.40 malam.

Sementara itu, dalam perkembang­an berasingan, operasi mencari dan menyelamat (SAR) lima mangsabotk­atamaranka­ram di Pulau Mengalum masih diteruskan membabitka­n sembilan aset pelbagai agensi di sektor pencarian yang ditetapkan.

“Operasi SAR yang memasuki hari ke-27 diteruskan di perairan Sabah, Miri dan Brunei meliputi 300 batu nautika persegi dengan pembabitan pelbagai agensi termasuk APMM, Pasukan Gerakan Marin (PPM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan pasukan keselamata­n Brunei,” katanya.

Zubil berkata pihaknya akan meneruskan SAR sehingga mendapat sebarang arahan selanjutny­a daripada pihak atasan.

 ??  ?? ZUBIL
ZUBIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia