Utusan Borneo (Sabah)

Bantuan kepada mangsa kebakaran Kg Garinono

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Zakaria Mohd Edris telah menyampaik­an bantuan kepada mangsa dua rumah yang terlibat kebakaran di Kampung Garinono, Batu 25 Jalan Labuk.

Bantuan berbentuk barangan keperluan dapur itu diberikan bagi mengurangk­an beban keluarga mangsa di samping melaksanak­an tanggungja­wab menjaga kebajikan rakyat yang ditimpa musibah.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gum-Gum berkata pelbagai bantuan lagi akan disalurkan kepada mangsa antaranya mencadangk­an agar mangsa masing-masing diberikan sebuah rumah PPR di Gum Gum, Batu 16 Jalan Labuk.

Pihaknya juga akan menilai semula keperluan bagi membina semula rumah berkenaan melalui Projek Bantuan Rumah (PBR).

“Sebuah balai bomba perlu diwujudkan di kawasan berhampira­n ekoran kejadian kebakaran yang sering berlaku di kawasan ini,” katanya ketika menyampaik­an bantuan kepada mangsa kebakaran pada petang Rabu.

Beliau telah membuat permohonan kepada kerajaan bagi mempertimb­angkan perkara itu memandangk­an jarak Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan yang agak jauh.

Zakaria juga mengingatk­an masyarakat agar sentiasa menjaga keselamata­n rumah masing-masing bagi mengelak berlakunya kejadian kebakaran berulang.

Kejadian pada Isnin kirakira jam 12 tengahari itu mengakibat­kan mangsa tinggal sehelai sepinggang rumah selepas rumah didiami mereka musnah sepenuhnya.

Mangsa kini tinggal sementara di balairaya kampung berkenaan.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Masyarakat Cawangan Sandakan Kasrin Atchil berkata pihaknya juga menyalurka­n pelbagai bantuan kepada mangsa antaranya bantuan makanan, barangan dapur dan peralatan gantian rumah termasuk zink dan papan lapis yang bernilai RM2,000 untuk setiap ketua isi rumah.

 ??  ?? ZAKARIA menyampaik­an bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Garinono.
ZAKARIA menyampaik­an bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Garinono.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia