Utusan Borneo (Sabah)

`Buat perubahan, tangani masalah’ Saranan kepada golongan profesiona­l yang turut dilantik Ahli Majlis Daerah Papar

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Barisan AhliMajlis­DaerahPapa­rbagi sesi 2017-2018 menyaksika­n pelantikan beberapa tokoh profesiona­l untuk membantu menyumbang idea dan pendapat berikutan persepsi dan harapan ‘stakeholde­rs’ daerah ini yang terlalu tinggi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Manis Datuk Seri Abdul Rahim Ismail berkata perkhidmat­an golongan profesiona­l amat diperlukan untuk melakukan perubahan ketara seperti aduan yang perlu dilaksanak­an serta merta, di samping menangani kehendak media sosial, stakeholde­rs dan sebagainya.

“Daripada pelantikan yang kita buat ini kita lihat ada kolaborasi antara ahli majlis, majlis daerah, para pemimpin tempatan dan peniaga di Papar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Angkat Sumpah dan Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli Majlis Daerah Papar 20172018, di sini, kelmarin.

Lima muka baharu yang dilantik sebagai Ahli Majlis Daerah Papar kali ini terdiri Haji Ag Arshat Ag Kahar, Ag Mohd Faizal Ag Sahak, Miscues@Mesilus Roman, Yahya Sulaiman dan Jitim Abak.

Sementara muka lama yang dikekalkan ialah Datuk Zulkifli Jaafar, Datuk Juil Nuatim, Datuk Norbert Chin Chuan Siong, Dr Daud Yusof, Haji Amri Abu Bakar, Zaini Ag Jair, Ghazali Jalil, Jumat Patera, Jamal Nerubi, Gilbert Sham, Sharum Haji Abu Ali, Lim Guah Eng dan Manshor Ghapor. Turut hadir, Adun Bongawan Datuk Mohamad Alamin dan Pengerusi Majlis Daerah Papar Adnan Atim.

Abdul Rahim menggesa Majlis Daerah Papar untuk mencari peluang perniagaan kerana pendapatan majlis itu dari tahun ke tahun tidak begitu meningkat dari segi perbelanja­an.

“Dari segi pendapatan, tidak berapa melonjak pada tahun 2016 dan 2017, tidak seperti kawasan yang lain. Ini kerana, Majlis Daerah Papar mempunyai aktiviti yang konservati­f daripada pungutan cukai pintu dan tidak lebih daripada itu.

“Tetapi kita juga melihat ada potensi untuk menarik pelaburan ke Papar untuk menjadikan sebahagian daerah inikhususn­yadikawasa­nPantai Manis sebagai ‘pertumbuha­n kawasan baharu’.

“Seperti yang kita lihat di Kimanis dan Papar ini tidak jauh, ia sebahagian daripada daerah Papar dan kita lihat juga potensi perumahan di Kawang,” katanya dan menambah, beliau telah berbincang dengan pihak atasan supaya direalisas­ikan potensi pelaburan yang ada di Papar.

Di samping itu, katanya, beberapa pembanguna­n yang telah siap di Papar seperti perumahan yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan, bangunan kedai dan juga ‘river front’ yang akan beroperasi dan sudah pun diselengga­rakan untuk beroperasi, iaitu fasa I benilai RM10, dan juga sedang menunggu fasa II juga bernilai RM10 juta yang akan membawa perubahan kepada landskap Papar.

Abdul Rahim berkata daripada perbahasan semasa persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN), beliau juga diberi jaminan oleh kerajaan bahawa ada beberapa projek di daerah Papar akan dibawa seperti jambatan Papar mengikut bajet yang disampaika­n oleh Perdana Menteri.

“Ada jalan di Papar, iaitu dari Kinarut hingga Lok Kawi, yang akan melibatkan pembinaan empat jambatan. Jadi, ini satu harapan besar kepada masyarakat Papar kerana hari ini jambatan Papar yang sudah berusia lebih 100 tahun dan merupakan

‘bottleneck’ kepada lalu lintas di Papar,” katanya.

“Daripada pelantikan yang kita buat ini kita lihat ada kolaborasi antara ahli majlis, majlis daerah, para pemimpin tempatan dan peniaga di Papar.

DATUK SERI ABDUL RAHIM ISMAIL

Adun Pantai Manis

 ??  ?? BARISAN Ahli Majlis Daerah Papar 2017-2018 merakam gambar kenangan bersama Abdul Rahim dan Mohamad.
BARISAN Ahli Majlis Daerah Papar 2017-2018 merakam gambar kenangan bersama Abdul Rahim dan Mohamad.
 ??  ?? ABDUL Rahim dan Mohamad menyaksika­n sebahagian Ahli Majlis Daerah mengangkat sumpah.
ABDUL Rahim dan Mohamad menyaksika­n sebahagian Ahli Majlis Daerah mengangkat sumpah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia