Utusan Borneo (Sabah)

Enam pelatih sebuah pusat latihan ditahan polis

- Oleh JOHAN AZIZ

KUDAT: Enam pelajar lelaki dari sebuah pusat latihan di sini yang disyaki terlibat dalam kegiatan dadah ditahan polis, di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Deputi Superinten­dan Douglas Nyeging Taong (gambar) berkata tangkapan pertama melibatkan lima suspek yang positif dadah.

Katanya kelima-lima suspek berumur 18 dan 23 tahun dan berasal daripada Tuaran, Kudat dan Tawau terbabit telah ditangkap pada 20 Februari, kira-kira jam 8.30 malam di asrama pusat itu.

“Kelima-lima suspek telah dibawa oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kudat untuk ujian air kencing dan didapati positif dadah methamphet­amine.

“Kesemua suspek direman untuk siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Sementara itu, dalam tangkapan kedua, seorang pelajar berumur 18 tahun di pusat latihan itu dan berasal dari Tenom ditahan kerana disyaki memiliki dadah seberat 6.24 gram dan positif dadah methamphet­amine melalui ujian air kencing.

“Suspek direman dan disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama,” katanya.

Douglas memberitah­u pada 20 Februari, kira-kira jam 10.30 malam bertempat di asrama pusat latihan itu, anggota polis dari Jabatan Jenayah Siasatan Narkotik Kudat telah membuat pemeriksaa­n di asrama itu dan telah menemui satu beg sandang warna coklat jenama ‘Levis’ berada di dalam almari yang mana di dalamnya terdapat satu bungkusan plastik cerah mengandung­i ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu.

“Suspek dan barang kes dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kudat untuk tindakan lanjut,” katanya.

Katanya kesemua suspek yang ditahan telah dimaklumka­n kepada pengetua pusat Latihan berkenaan.

 ??  ??
 ??  ?? DADAH yang dirampas daripada suspek.
DADAH yang dirampas daripada suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia