Utusan Borneo (Sabah)

MCA datang bukan untuk rampas hak

- - Oleh YAP SIONG HAN

PENAMPANG: Kedatangan MCA di Sabah bukan untuk merampas tanah atau duit rakyat sebaliknya membawa angpau kepada semua komuniti di negeri ini.

Timbalan Pengerusi MCA Sabah Datuk Francis Goh berkata antara angpau yang dibawa itu adalah seperti pembinaan Kolej Universiti Kolej Tunku Abdul Rahman (TARC) di Alamesra.

“Walaupun MCA adalah sebuah parti berasaskan kaum Cina, namun pembinaan TARC adalah untuk semua komuniti di Sabah.

“Kolej ini adalah untuk pelajar yang mempunyai latar belakang akademik yang kurang cemerlang dan sukar untuk memasuki universiti tempatan selain mempunyai masalah kewangan,” katanya pada majlis Malam Tahun Baharu Cina 2017 anjuran bersama Upko dan MCA Penampang, di sini, malam Rabu lalu.

Beliau berkata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai menerusi jawatannya sebagai Menteri Pengangkut­an turut memberi jaminan bahawa sejumlah R M 1.1 bilion peruntuk anakan digunakan untuk menaiktara­f Pelabuhan Sepanggar.

Katanya Liow juga akan memberikan perhatian kepada kajian untuk dilakukan ke atas polisi kabotaj yang selama ini memberikan kesan terhadap harga barangan di Sabah.

“Selain itu, MCA juga telah merayu kepada Perdana Menteri untuk mendapatka­n dana sejumlah RM50 juta agar disalurkan kepada semua sekolah Cina dan mubaligh di Sabah.

“Kita juga sedia maklum bahawa kini sekolah Cina tidak lagi dihadiri oleh anakanak kaum Cina sahaja, sebaliknya kaum seperti Kadazan Dusun dan Murut serta komuniti Muslim yang lain turut menghantar anak mereka ke sekolah beraliran Cina.

“Keadaan ini jelas menunjukka­n bahawa peruntukan seumpamany­a memberikan kebaikan kepada semua masyarakat di Sabah,” katanya.

Francis yang juga Ketua MCA Bahagian Penampang berkata semua parti komponen Barisan Nasional (BN) di Penampang perlu bersatu untuk bersama-sama merampas kembali ketigatiga kerusi yang kalah pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

Katanya jangan ada kalangan parti komponen BN di sini ‘merajuk’ sekiranya tidak dipilih untuk menjadi calon di kawasan ini.

“Kita mesti sokong Datuk John Ambrose untuk mendapatka­n jawatan senator, kita mesti membantu Datuk Donald Peter Mojuntin untuk menang pada PRU akan datang.

“Dengan adanya wakil BN sepenuhnya di sini, saya yakin dan jamin bahawa peruntukan yang disalurkan kerajaan nanti akan membawa kebaikan kepada masyarakat di sini,” katanya.

 ??  ?? FRANCIS memberikan angpau kepada para tetamu yang hadir dalam majlis itu, turut kelihatan ialah Donald (dua kiri).
FRANCIS memberikan angpau kepada para tetamu yang hadir dalam majlis itu, turut kelihatan ialah Donald (dua kiri).
 ??  ?? PARA tetamu kehormat merakamkan gambar kenangan di atas pentas.
PARA tetamu kehormat merakamkan gambar kenangan di atas pentas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia