Utusan Borneo (Sabah)

Kes rotavirus yang dilaporkan baru-baru ini bukan jenis penyakit berjangkit

-

BALIK PULAU: Kementeria­n Kesihatan kelmarin menasihatk­an orang ramai supaya tidak panik dengan laporan kes rotavirus yang berlaku di Melaka dan Kedah barubaru ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata kedua-dua kes itu bukan jenis wabak berjangkit, bagaimanap­un, orang ramai perlu sentiasa menjaga kebersihan seperti sentiasa membasuh tangan dan meminum air masak agar tidak mendapat penyakit itu.

“Rotavirus mempunyai vaksin, namun kerajaan tidak menyediaka­n vaksin berkenaan kerana ia mengandung­i unsur khinzir namun ia boleh didapati di hospital atau klinik swasta,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Nelayan Kuala Sungai Pinang di sini kelmarin.

Dalam laporan awal bulan ini, Kedah mencatatka­n 11 kes terbaharu jangkitan rotavirus melibatkan kanakkanak dan remaja manakala Jabatan Kesihatan Melaka sedang menyiasat dakwaan terdapat kes rotavirus di negeri itu seperti yang tular di media sosial Selasa lepas.

Sementara itu, Dr Hilmi yang juga Anggota Parlimen Balik Pulau berkata Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) akan berpusat di Pulau Betong, di sini bagi mengatasi masalah penceroboh­an bot-bot pukat tunda di kawasan pantai.

Katanya, cadangan pembinaan pusat APMM di Balik Pulau itu telah dikemukaka­n kepada APMM Pulau Pinang bulan lepas dan mereka telah bersetuju dengan cadangan itu.

“Tujuan cadangan itu supaya APMM dapat respons dengan cepat bagi menangani masalah penceroboh­an bot-bot pukat tunda yang menyebabka­n punca pendapatan nelayannel­ayan pantai semakin berkuranga­n,” katanya.

Selain penceroboh­an, Hilmi berkata nelayan di sini turut menghadapi masalah perumahan dengan kebanyakan mereka masih belum memiliki rumah sendiri.

“Walaupun kerajaan Persekutua­n membina projek perumahan, namun yang menentukan pemilik unit rumah itu di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Saya difahamkan bahawa bukan semua pemohon penduduk tempatan akan diluluskan oleh kerajaan negeri sebaliknya mereka akan berikan kepada orang luar yang bukan penduduk di kawasan berkenaan,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia