Utusan Borneo (Sabah)

Sabah, Sarawak mungkin destinasi jelajah berbasikal IJN 2018

-

GEORGE TOWN: Institut Jantung Negara (IJN) berhasrat meluaskan penganjura­n program jelajah berbasikal ‘My Heart My Life’ ke Sabah dan Sarawak pada edisi tahun hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Seri Dr Mohd Azhari Yakub berkata program tahunan yang dianjurkan­sejak2015i­tuakan diteruskan dengan liputan lebih meluas terutamany­a kawasan pedalaman dan luar bandar.

Pada masa ini, jelajah berbasikal yang bertujuan meningkatk­an kesedaran masyarakat terhadap amalan gaya hidup sihat bagi mengurangk­an risiko penyakit jantung itu hanya melibatkan kawasan Semenanjun­g.

Katanya sambutan yang diterima amat memberangs­angkan dan ini menaikkan semangat warga IJN untuk terus mengadakan aktiviti seumpamany­a di luar Semenanjun­g.

“Aktiviti ini dilihat berjaya mempromosi Yayasan IJN sebagai satu organisasi tidak berasaskan keuntungan­yangditubu­hkan bagi membantu pesakit kurang berkemampu­an mendapatka­n rawatan di IJN,” katanya kepada pemberita di pekarangan Hard Rock Hotel Penang, di sini kelmarin sebelum memulakan kayuhan jelajah berbasikal My Heart My Life 2017.

Pasukan jelajah berbasikal seramai 13 orang itu akan bergerak dari sini menuju ke destinasi program seterusnya di Kupang, Kedah, sebelum menuju Tasik Banding, Gerik, Perak dan seterusnya meneruskan perjalanan ke Kuala Kangsar meliputi jarak keseluruha­n 360 kilometer.

Mohd Azhari berkata siri jelajah kali ini berjaya memungut dana bagi tabung Yayasan IJN menerusi sumbangand­antajaanba­nyak pihak seperti kerajaan negeri Pulau Pinang, Hard Rock Hotel Penang dan syarikat Federal Oat Mills Sdn Bhd.

“Pasukan berbasikal yang terdiri daripada kalangan doktor, ahli fisioterap­i dan kakitangan IJN lain itu juga menawarkan perkhidmat­an pemeriksaa­n kesihatan secara percuma kepada orang ramai di kawasan dilawati mereka,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia