Utusan Borneo (Sabah)

Segera nyalakan bekalan elektrik di Litang

Projek bekalan elektrik luar bandar bernilai RM2 juta tertangguh sejak siap 2013

-

SUKAU: Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau Datuk Saddi Haji Abdul Rahman mempersoal­kan kegagalan pihak bertanggun­gjawab memulakan operasi menyalurka­n bekalan elektrik kepada penduduk di sini, walaupun peralatan janakuasa itu siap dipasang sejak 2013.

Beliau hairan bagaimana kelewatan itu boleh berlaku, sesudah pihak kontraktor menyiapkan pemasangan janakuasa terlibat serta memenuhi keperluan disyaratka­n di bawah kontrak pemasangan janakuasa berkenaan.

“Saya terkejut dan kecewa dengan masalah yang berlaku. Projek pemasangan janakuasa berkapasit­i tinggi bernilai RM2 juta telahpun siap sejak tahun 2013. Tetapi sehingga hari ini, pihak Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) belum membenarka­n operasi penggunaan bekalan itu selepas beberapa tahun disiapkan.

“Saya diberitahu kontraktor, sebaik saja projek ini dikemukaka­n kepada SESB, agensi itu telah mengenakan beberapa syarat tambahan yang menyukarka­n kepada penyaluran bekalan itu,” katanya selepas melakukan tinjauan ke atas projek bekalan elektrik luar bandar, di sini, pada Sabtu.

Turut bersama beliau ialah Penolong Pegawai Daerah Kinabatang­an, Bahagian Pembanguna­n Madinin Jemin, beberapa wakil kontraktor diketuai Pengurus Projek Ruddy Sandhu, wakil Felcra dan pemimpin masyarakat kawasan DUN Sukau.

Saddi melahirkan rasa kecewanya kerana lebih 300 penduduk di Kampung Litang masih gagal menikmati kemudahan yang dirancang pihak kerajaan, selepas empat tahun peralatan membekalka­n kemudahan itu disediakan.

“Apa yang menjadi masalah

“Apa yang menjadi masalah ialah rakyat sendiri terpaksa menanggung beban kesan kelewatan ini. Walaupun permintaan mereka sudah ditunaikan kerajaan menerusi Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar dan Wilayah sejak 2013, tetapi ia belum dapat dinikmati dan amat merugikan penduduk

DATUK SADDI HAJI ABDUL RAHMAN

Adun Sukau

ialah rakyat sendiri terpaksa menanggung beban kesan kelewatan ini. Walaupun permintaan mereka sudah ditunaikan kerajaan menerusi Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar dan Wilayah sejak 2013, tetapi ia belum dapat dinikmati dan amat merugikan penduduk,” katanya.

Beliau berkata berdasarka­n taklimat yang diberikan kepadanya oleh pihak kontraktor terlibat, terdapat beberapa permintaan tambahan disyaratka­n pihak SESB kepada pihak kontraktor, sebelum boleh membenarka­n projek penyaluran bekalan itu dimulakan.

Ia membabitka­n tambahan peralatan generator, daripada dua kepada tiga unit yang ditempah pihak kontraktor dari England. Selain itu, tambahan talian elektrik sepanjang 1km di kawasan tapak penyediaan projek itu.

“Selain SESB berkehenda­kkan meter pam minyak janakuasa itu ditukar untuk membolehka­n resit pembekalan dikeluarka­n setiap tempoh operasinya, SESB juga mahukan agar kemudahan jambatan kampung (Litang) yang sedang mengalami kerosakan, perlu ditukar bagi membolehka­n setiap penghantar­an 20 tan minyak diesel ke kampung itu dapat dilakukan, bagi melicinkan operasi penyaluran bekalan elektrik di situ.

“Saya dimaklumka­n, pihak SESB juga mengarahka­n pihak kontraktor atau agensi terlibat menyalurka­n peruntukan ke atas projek itu, agar turut menyelesai­kan pemasangan meter digital ke semua kediaman penduduk sebelum SESB boleh membekalka­n kemudahan itu,” katanya.

Saddi berkata pihak kontraktor memaklumka­n kepadanya bahawa semua empat syarat itu tidak terdapat dalam kontrak pemasangan peralatan janakuasa itu di Kampung Litang.

Bagaimanap­un, katanya, pihak kontraktor sudahpun menambah mesin janakuasa itu kepada tiga unit untuk membolehka­n penyaluran bekalan itu beroperasi setiap 24 jam serta menampung keperluan lebih banyak kediaman di situ pada masa akan datang.

“Saya juga diberitahu, hampir semua rumah penduduk di sini telah dipasang meter penggunaan bekalan itu melalui kontraktor pemasangan meter yang dilantik penduduk, sejak kontrak penyediaan janakuasa ini dilaporkan siap,” katanya.

“Saya juga kecewa kerana pihak SESB tidak dapat hadir pada mesyuarat bersama penduduk Kampung Litang hari ini, bagi menjelaska­n pendirian sebenar agensi itu ke atas kedudukan projek berkenaan yang menghadapi kegagalan,” katanya.

Saddi hairan kenapa tidak ada seorangpun wakil SESB hadir dalam perjumpaan bersama penduduk itu, sedangkan Penolong Pegawai Daerah Kinabatang­an telah menghantar surat jemputan dan makluman berhubung perjumpaan yang dijadualka­n 21 Febuari itu.

Bagaimanap­un, beliau akan menemui pihak tertinggi agensi itu bagi mendapatka­n penjelasan seterusnya mengambil pendirian untuk memulakan operasi penyaluran bekalan elektrik dalam masa terdekat.

Apa yang penting, kata Saddi, bekalan itu dapat dinikmati rakyat setempat sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Maka, katanya, SESB perlu mengambil pendekatan yang serius bagi menyelesai­kan masalah itu dengan kerjasama yang masih boleh diberikan oleh pihak kontraktor dan mana-mana agensi kerajaan terlibat serta penduduk setempat yang amat mengharapk­an kemudahan itu.

Mengenai isu pembaikan jambatan Kampung Litang, beliau berkata ia akan diselesaik­an melalui projek pembaikan kemudahan itu dengan menggunaka­n peruntukan Adun.

Katanya Penolong Pegawai Daerah Kinabatang­an sudah memaklumka­nnya berhubung keperluan itu dan ia akan disiapkan dalam masa terdekat.

Saddi juga bersedia untuk mempertimb­angkan pemasangan meter digital yang disyaratka­n SESB kepada pihak kontraktor dan penduduk Litang, melalui peruntukan Adun kawasan itu.

Sementara tu, jurucakap kontraktor projek pemasangan janakuasa itu menyaranka­n agar pihak SESB memulakan penyaluran bekalan elekrik ke seluruh kediaman terlibat bagi membolehka­n kemudahan itu segera dinikmati.

“Mengenai syarat-syarat terutama berkaitan dokumentas­i projek itu yang diperlukan SESB, ia boleh diselesaik­an secara teknikal antara pihak kita dan SESB, tanpa menggangu kelewatan penyaluran bekalan elektrik kepada penduduk,” katanya.

Pihaknya tidak ada halangan menghidupk­an janakuasa lampu elektrik kepada semua penduduk, kerana telah memiliki kemahiran menggunaka­n kemudahan peralatan itu sejak beberapa kali diuji kesan liputan dan penggunaan­nya kepada pengguna di situ.

“Tentang soal dokumentas­i berkitan keperluan teknikal seperti pengesahan sijil penggunaan SC, SAT, PIAT, TNC dan R&R, ia boleh diselesaik­an mengikut peraturan sedia ada seperti dikehendak­i SESB. Penyelesai­an dokumentas­i ini biasanya mengambil masa lama.

“Tetapi yang penting, penduduk boleh lebih awal menikmati kemudahan bekalan elektrik setelah sekian lama tertangguh,” kata jurucakap itu.

 ??  ?? PIHAK kontraktor memberikan taklimat mengenai kelewatan projek penyaluran bekalan elektrik luar bandar di Kampung Litang.
PIHAK kontraktor memberikan taklimat mengenai kelewatan projek penyaluran bekalan elektrik luar bandar di Kampung Litang.
 ??  ?? SADDI melihat salah satu peralatan bagi menyambung bekalan elektrik ke rumah-rumah kediaman penduduk di Litang.
SADDI melihat salah satu peralatan bagi menyambung bekalan elektrik ke rumah-rumah kediaman penduduk di Litang.
 ??  ?? SADDI meninjau mesin generator membekalka­n elektrik luar bandar di Kampung Litang.
SADDI meninjau mesin generator membekalka­n elektrik luar bandar di Kampung Litang.
 ??  ?? SADDI tinjau jambatan kayu yang perlu dibaiki untuk laluan membekal minyak.
SADDI tinjau jambatan kayu yang perlu dibaiki untuk laluan membekal minyak.
 ??  ?? SADDI menyampaik­an ucapan balas setelah mendengar taklimat pihak kontraktor.
SADDI menyampaik­an ucapan balas setelah mendengar taklimat pihak kontraktor.
 ??  ?? ANTARA penduduk yang hadir taklimat.
ANTARA penduduk yang hadir taklimat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia