Utusan Borneo (Sabah)

Rapatkan hubungan persahabat­an

Pesta Tahun Baru Cina KRT Taman Antarabang­sa dapat sambutan ramai

-

PESTA Tahun Baharu Cina yang dianjurkan oleh KRT Taman Antarabang­sa Likas, Kota Kinabalu pada 19 Februari lepas ternyata mendapat sambutan ramai apabila kira-kira 200 orang menghadiri­nya.

Pengerusi KRT Taman Antarabang­sa Likas, Datuk Sidek Abdul Jubar berkata,objektif utama penganjura­n pesta berkenaan adalah bagi merapatkan hubungan persahabat­an antara penduduk Cina dan penduduk kaum lain yang tinggal di kawasan berkenaan.

Pengerusi Badan Perhubunga­n Parti Gerakan Sabah, Malaysia, Datuk Gordon Leong yang juga penaung KRT Taman Antarabang­sa Likas merasmikan pesta berkenaan.

Beliau memuji kerjasama yang ditunjukka­n oleh setiap ahli KRT di tempat berkenaan kerana berjaya menganjurk­an pesta yang sangat meriah.

Beliau berharap melalui pesta berkenaan, perasaan prejudis antara kaum yang berlainan akan dapat dikurangka­n seterusnya dihapuskan sama sekali.

Gordon juga menyampaik­an angpau kepada kanak-kanak dan remaja yang hadir pada pesta berkenaan di mana kira-kira 100 angpau diedarkan.

Pesta Tahun Baharu Cina berkenaan diserikan dengan persembaha­n Tarian Singa, Persembaha­n karaoke, cabutan tiket bertuah dan persembaha­n tarian.

Mendapat tumpuan hadirin adalah persembaha­npersembah­an tarian yang menarik, cergas dan kreatif yang disampaika­n oleh Jiran Muda KRT Taman Antarabang­sa Likas.

Mereka menyampaik­an persembaha­n tarian kontempora­ri yang bertemakan budaya Cina di Malaysia.

Turut hadir memeriahka­n pesta berkenaan adalah Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sabah, Delin Liet Blaun, Ketua Unit Perhubunga­n Masyarakat dan Kejiranan (PMK) JPNIN Sabah, Susan Anak Bennet, Pegawai Perpaduan Zon Bandar Raya Kota Kinabalu, Penampang, Putatan dan Papar, Normalawat­i Hassim, dan pengerusi-pengerusi KRT lain di sekitar Kota Kinabalu.

Objektif utama penganjura­n pesta berkenaan adalah bagi merapatkan hubungan persahabat­an antara penduduk Cina dan penduduk kaum lain yang tinggal di kawasan berkenaan.

DATUK SIDEK ABDUL JUBAR

Pengerusi KRT Taman Antarabang­sa Likas

 ??  ?? GORDON bergambar bersama kanak-kanak dan remaja yang menerima angpau.
GORDON bergambar bersama kanak-kanak dan remaja yang menerima angpau.
 ??  ?? (Gambar kanan)
SIDEK bergambar bersama Jiran Muda yang menyampaik­an persembaha­n tarian.
(Gambar kanan) SIDEK bergambar bersama Jiran Muda yang menyampaik­an persembaha­n tarian.
 ??  ?? (Gambar kiri) PENARI singa menunggu ketibaan perasmi.
(Gambar kiri) PENARI singa menunggu ketibaan perasmi.
 ??  ??
 ??  ?? DELIN, Susan dan Normalawat­i bergambar kenangan bersama tetamu lain.
DELIN, Susan dan Normalawat­i bergambar kenangan bersama tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia