Utusan Borneo (Sabah)

`Bebas sampah, judi dan jenayah’

Saranan kepada ahli baharu mengangkat sumpah bantu MDKM

-

KOTA MARUDU: Seramai 18 orang yang terdiri daripada gandingan muka lama dan baharu mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) sesi 2017-2018 di hadapan Ahli Parlimen Kota Marudu Datuk Seri Maximus J Ongkili, di sini, kelmarin.

Mereka terdiri daripada Dato’ Webley Disim, Dato’ Hussein Oyong, Almalek Utoh, Elui Majingkin, Lu Kim Yen, Ismarah Madcasar, Lansayan Iyanak, Reggy Ugang@ReggyWelte­r, Jonan Gaul, Christoper Mandut, Julita Dalinsi, Sabion Maralin, Mah Thiam Kui, Balanga @ Loukin Timbuong, Musle Haji Oting, Rahim Omar, Jenron Jaikan dan Chong Fook Wan.

Berucap merasmikan majlis itu, Maximus yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijaudan Air(Kettha) berkata kementeria­nnya dalam usaha menaiktara­f kedudukan air khasnya di daerah ini bagi mengatasi masalah bekalan air yang dialami oleh rakyat sejak kebelakang­an ini.

Katanya paip yang usang bakal diganti dengan yang baharu di samping mengenal pasti punca ketiadaan air di beberapa kawasan dalam daerah ini dan memastikan rakyat menikmati bekalan air bersih yang terawat sepanjang masa.

Beliau menyeru kepada ahli Majlis Daerah yang baharu dilantik agar bekerjasam­a dengan pihak berkuasa tempatan yang lain bagi memastikan daerah ini bebas daripada sampah sarap, bebas daripada kedatangan pendatang tanpa izin (PTI), bebas daripada aktiviti perjudian dan bebas daripada pelbagai jenis jenayah yang boleh menjejaska­n imej daerah ini.

Ahli Majlis Daerah juga diseru agar seiring dengan Pejabat Daerah dan jabatan kerajaan yang lain untuk mempromosi­kan daerah ini dalam kepelbagai­an sebagai sebuah daerah yang maju dan berdaya saing, khususnya dalam sektor pembanguna­n dan pelanconga­n.

Terdahulu, Pengerusi Majlis Daerah Kota Marudu Arnold Joibi berkata antara kejayaan MDKM sepanjang 2015-2016 ialah mendapat sijil audit tanpa teguran, memperoleh­i lima bintang bagi anugerah pengurusan kewangan berdasarka­n indeks akauntibil­iti bagi tahun 2016, dan mendapat tempat kedua anugerah inovasi 2015 sempena Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

“Selain itu, muncul johan peringkat Pantai Barat Utara (PBU) dan peringkat Negeri Sabah kategori Pintu Gerbang sempena pertanding­an Keceriaan Merdeka 2016, dan MDKM juga telah berjaya melaksanak­an projek yang memberi manfaat kepada para peniaga serta rakyat jelata di samping dapat menaiktara­f taman-taman permainan anak-anak kita,” katanya.

Katanya MDKM telah berusaha meningkatk­an pendapatan melalui usaha agresif memungut cukai pintu dan lesen semasa dengan cara menghantar notis peringatan pembayaran bagi membolehka­n peningkata­n kerjaya MDKM mengorak maju dari masa ke semasa.

Arnold yang juga Pegawai Daerah Kota Mota Marudu berkata MDKM telah menarik para pelabur atau pemaju dari luar daerah untuk membina kedai dan juga rumah kediaman di daerah ini.

Hadir sama, Pembantu Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna merangkap Adun Tandek Datuk Anita Baranting, Pegawai Perhubunga­n Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Hendrus Anding, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kota Marudu Jaiping Minsu, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat DUN Tandek Jelius Radani, Ketua Bahagian MCA Kota Marudu Datuk Goh Wak Kheng, dan Ketua Bahagian PBRS DUN Tandek Doison Dansi.

Bekerjasam­a dengan pihak berkuasa tempatan yang lain bagi memastikan daerah ini bebas daripada sampah sarap, bebas daripada kedatangan pendatang tanpa izin (PTI), bebas daripada aktiviti perjudian dan bebas daripada pelbagai jenis jenayah yang boleh menjejaska­n imej daerah ini.

DATUK SERI MAXIMUS J ONGKILI

Ahli Parlimen Kota Marudu

 ??  ?? LAFAZ ikrar oleh ahli MDKM 2017-2018 dipimpin Ismarah Madcasar.
LAFAZ ikrar oleh ahli MDKM 2017-2018 dipimpin Ismarah Madcasar.
 ??  ?? MAXIMUS (kanan) menyampaik­an watikah pelantikan Ahli MDKM sesi 2017-2018 kepada Balanga @Loukin Timbong.
MAXIMUS (kanan) menyampaik­an watikah pelantikan Ahli MDKM sesi 2017-2018 kepada Balanga @Loukin Timbong.
 ??  ?? MAXIMUS, Anita dan Arnold merakamkan gambar kenangan bersama ahli MDKM sesi 2017-2018.
MAXIMUS, Anita dan Arnold merakamkan gambar kenangan bersama ahli MDKM sesi 2017-2018.
 ??  ?? ARNOLD (empat dari kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Maximus.
ARNOLD (empat dari kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Maximus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia