Utusan Borneo (Sabah)

Didikan agama dapat hindar gejala sosial

Nizam mahu ibu bapa terapkan nilai-nilai kasih sayang pada anak

- Oleh SHAMRY M SANI

TAWAU: Golongan ibu bapa diingatkan supaya sentiasa memupuk perasaan kasih sayang serta menerapkan ajaran dan nilai-nilai budaya berunsur agama kepada anak-anak mereka bagi membendung gejala sosial negatif.

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Hj Nizam Abu Bakar Titingan berkata penerapan nilai-nilai kasih sayang serta ajaran agama dapat membendung golongan remaja dan belia terjebak dalam aktiviti kurang sihat.

Katanya peranan ibu bapa dan masyarakat amat penting bagi membantu kerajaan menangani pelbagai kegiatan jenayah yang sering dikaitkan dengan golongan muda yang hilang pertimbang­an.

“Anak-anak merupakan aset penting negara dan mereka perlu diberikan kasih sayang sepenuhnya dengan memberikan mereka pendidikan­agamadisam­ping pendidikan akademik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Tadarus AlQuran Sekolah Sekolah KPM Zon Apas di SK Kinabutan, di sini.

Katanya dengan penerapan nilai-nilai agama dan pemupukan kasih sayang bukan sahaja akan dapat membina akhlak golongan muda malah boleh menyumbang ke arah membendung jenayah dan gejala sosial negatif.

Dalam pada itu, Nizam berkata rakyat perlulah terus memupuk perasaan muhibah dan perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum serta saling hormat menghormat­i sesama kaum.

“Sebagai rakyat yang cintakan negara, kita hendaklah terus memupuk perasaan muhibah dan perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum sebagai penjana utama ke arah kestabilan politik, keamanan serta kemakmuran hidup rakyat majmuk negara ini,” katanya.

Katanya di samping itu, rakyat perlulah mensyukuri nikmati pembanguna­n di kecapi hari ini dengan terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan yang sentiasa prihatin membela nasib rakyat.

Beliau menambah, keamanan, kemakmuran dan kesejahter­aan hidup yang di kecapi hari ini adalah hasil perjuangan para pemimpin terdahulu dan ia perlulah dipertahan­kan demi kedaulatan bangsa, agama dan negara.

“Berterima kasihlah kepada kerajaan dengan terus memupuk perasaan muhibah serta memberikan sokongan padu kepada apa pun program yang diberikan kerajaan,” katanya.

“Anak-anak merupakan aset penting negara dan mereka perlu diberikan kasih sayang sepenuhnya dengan memberikan mereka pendidikan agama di samping pendidikan akademik.

DATUK HJ NIZAM ABU BAKAR TITINGAN

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri

 ??  ?? NIZAM merasmikan Tadarus Al Quran Sekolah Sekolah KPM Zon Apas, kelmarin.
NIZAM merasmikan Tadarus Al Quran Sekolah Sekolah KPM Zon Apas, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia