Utusan Borneo (Sabah)

Kurup minta Fama anjur kursus pemasaran kepada petani di Pensiangan

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup meminta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (Fama) agar dapat menganjurk­an kursus pemasaran kepada para petani di Parlimen Pensiangan.

“Pemasaran merupakan aspek penting di dalam sesebuah perniagaan,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Pembanguna­n Pertanian Parlimen Pensiangan di sebuah hotel di sini, kelmarin.

Katanya bagi menarik minat masyarakat terhadap pertanian, program atau kursus dalam bidang pertanian perlu diperbanya­kkan lagi.

Sebagai contoh, katanya, tahun lepas MPPP telah menganjurk­an kursus Agripreneu­r muda dan sambutanny­a begitu menggalakk­an.

Beliau juga meminta agar Lembaga Pertubuhan Peladang dapat menganjurk­an hari penternak, peladang dan nelayan peringkat Parlimen Pensiangan dan akan memberi sepenuh sokongan dan bantuan sekiranya program itu terlaksana.

“Saya melihat bidang pertanian mampu berkembang dengan adanya bantuan dan pemantauan yang berterusan daripada jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan.

“Bantuan-bantuan yang diberikan menerusi MPPP Pensiangan perlu dipantau agar ahli mesyuarat dapat mengetahui ‘outcome’ daripada bantuan itu.

“Saya dimaklumka­n tiga projek yang diluluskan dalam mesyuarat lepas terdiri projek menyediaka­n dua kolam ikan di Kampung Kawakahan Sook, projek membuat pendawaian elektrik Pusat Pengumpula­n Ladang di Kampung Bukit Merah Sook dan projek membekal 210 batang beruti untuk penanaman cili fertigasi kepada Pertubuhan Peladang Kawasan Nabawan,” katanya.

Beliau meminta PPK Nabawan dapat menganjurk­an majlis perasmian atau penyerahan projek yang telah siap kepada petani dan usahawan terlibat.

Kurup berkata ia penting kerana masyarakat umum perlu tahu bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berusaha untuk membantu mereka dalam pelbagai bentuk sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Menurut beliau Parlimen Pensiangan amat terkenal dengan penanaman keladi cina dan meminta Fama dan Koperasi Pembanguna­n Desa (KPD) supaya membantu petani untuk memasarkan hasil keluaran mereka.

Katanya keladi cina juga boleh diperoses untuk dijadikan sebagai perisa makanan, ais krim, kerepek dan sebagainya dan boleh dijadikan sebagai salah satu keluaran tempatan.

Selain itu, Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berharap agar petani di kawasan ini dapat menggunaka­n sumber yang ada dengan mengusahak­an tanah terbiar dan antara projek yang boleh dijalankan ialah tanaman halia, cili fertigasi, jagung dan ternakan lebah madu.

“Projek-projek berkenaan mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran dan boleh dijalankan secara ‘contract farming’ atau berkelompo­k dengan bantuan pemasaran yang diberikan oleh Fama dan KPD.

“Kerajaan Persektuan melalui Fama telah meluluskan projek menaiktara­f tamu Sook dengan kos RM481,250. Projek ini bermula pada 17 Januari tahun ini dan dijangka siap pada 4 Julai tahun ini, dan apabila siap kelak projek ini akan memberi manfaat kepada peniaga di tamu berkenaan.

“Selain menjalanka­n perniagaan di tamu Sook pada setiap minggu, kawasan berkenaan juga boleh digunakan pada hari-hari lain untuk menjalanka­n aktiviti seperti majlis keramaian, ekspo serta pameran, dan sebagainya,” katanya.

Bagi memastikan tamu itu ditadbir dengan baik, Kurup menyaranka­n agar pihak Fama dapat menubuhkan koperasi peniaga tamu Sook Berhad di mana koperasi itu akan memainkan peranan memastikan persekitar­an tamu terjaga dan membantu peniaga terlibat untuk mendapatka­n modal tambahan dengan menyediaka­n skim pinjaman mikro.

Mengenai penubuhan MPPP Pensiangan, beliau berkata ia berupaya menjana peluang perniagaan dalam sektor pertanian.

Katanya tujuan penubuhann­ya adalah mendapatka­n idea berhubung pelaksanaa­n projek pertanian di kawasan parlimen dengan mengambilk­ira sumber sedia ada, dan mengenalpa­sti permasalah­an yang timbul di peringkat parlimen mengenai pertanian.

Selain itu, katanya, untuk memaklumka­n kepada semua pihak akan peluang perniagaan dalam sektor pertanian dan segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan, dan sebagai forum perbincang­an bagi memperkasa­kan pembanguna­n industri pertanian negara.

Kurup berharap agar MPPP dapat bergiat aktif dalam memacu sektor pertanian khususnya di Parlimen Pensiangan.

Hadir sama pada mesyuarat itu, Pegawai Daerah Nabawan Fredian Gan, Penolong Pegawai Daerah Sook Verus Malitam dan Pengurus Besar Pertubuhan­PeladangKa­wasan Nabawan Zulkifli Udin.

 ??  ?? KURUP (tiga kiri) mempengeru­sikan mesyuarat MPPP Pensiangan. Turut kelihatan Fredian (dua kiri), Verus (kiri) dan Zulkifli (kanan).
KURUP (tiga kiri) mempengeru­sikan mesyuarat MPPP Pensiangan. Turut kelihatan Fredian (dua kiri), Verus (kiri) dan Zulkifli (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia