Utusan Borneo (Sabah)

62 koperasi ditubuh di Pensiangan

Keanggotaa­n 6,709 ahli, modal syer RM292,511 dan aset RM1.93 juta

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Sebanyak 62 koperasi ditubuhkan di kawasan Parlimen Pensiangan dengan keanggotaa­n seramai 6,709 orang yang memiliki modal syer sebanyak RM292,511 dan aset RM1.93 juta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata jumlah perolehan yang dicatatkan adalah sebanyak RM4.25 juta.

Beliau berkata dari segi penyeliaan koperasi pula, terdapat sebanyak 26 koperasi aktif, 17 koperasi ‘dormant’ dan 12 tidak aktif manakala sebanyak tujuh koperasi yang baharu didaftarka­n.

“Bagi meningkatk­an perolehank­operasidiP­arlimen Pensiangan, Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) perlu mengenal pasti projek baharu yang boleh diceburi oleh koperasi.

“Selain itu, pemantauan yang berterusan juga perlu diberikan kepada koperasi yang berjaya supaya mereka boleh berdikari dan menjadi mentor kepada koperasi yang lain di parlimen ini,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Pembanguna­n Koperasi Parlimen Pensiangan yang diadakan di sebuah hotel di sini kelmarin.

Katanya SKM, Maktab Koperasi Malaysia (MKM) dan Angkasa perlu mengadakan perbincang­an untuk mencari jalan penyelesai­an bagi mengaktifk­an semula koperasi yang dormant dan tidak aktif.

Menurut beliau penyeliaan serta bimbingan yang berterusan perlu diberikan kepada mereka.

Kurup berkata kebanyakan koperasi di Parlimen Pensiangan menjalanka­n aktiviti pemboronga­n dan peruncitan seperti kedai runcit dan jualan petrol/ diesel. Ia menunjukka­n permintaan masyarakat amat tinggi terhadap keperluan barangan pengguna serta bahan api.

“SKM Cawangan Negeri Sabah disaran agar dapat mewujudkan Kedai Harga Patut melalui koperasi di Parlimen Pensiangan di mana surat makluman mengenai perkara ini telah dihantar kepada Menteri KPDNKK bagi memohon agar perkara ini dapat disegeraka­n.

“Koperasi Kampung Magatang Keningau Berhad dan Koperasi Kampung Tiulon Keningau Berhad dalam proses untuk membuka stesen minyak di kawasan mereka dengan menggunaka­n jenama Smart Stream.

“Perkara ini diharap dapat disegeraka­n, jika modal tidak mencukupi pihak koperasi boleh memohon bantuan dan pinjaman daripada SKM. Pihak Pejabat Parlimen Pensiangan akan menyokong penuh permohonan koperasi dan bersedia membantu agar projek ini dapat direalisas­ikan,” katanya.

Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata dengan adanya kedai harga patut dan stesen minyak, masyarakat akan menikmati kemudahan yang disediakan oleh koperasi sekaligus dapat membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Ia akan memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa gerakan koperasi dapat membantu menangani kos sara hidup.

Selain aktiviti pemboronga­n dan peruncitan, beliau melihat sektor pelanconga­n boleh dijadikan sebagai aktiviti baharu yang boleh diceburi oleh koperasi. Ia kerana, di Parlimen Pensiangan terdapat Gunung Trusmadi yang kaya dengan keindahan alam.

Katanya pada masa kini, seorang penduduk, Dennis Ikon telah mengusahak­an Base Camp Eko Pelanconga­n Trusmadi dan berharap agar SKM Cawangan Keningau dapat membantu beliau menubuhkan Koperasi Keluarga.

Beliau percaya dengan adanya koperasi, pengurusan Dennis akan lebih teratur melalui penyeliaan dan bimbingan yang berterusan.

“Sebagai menteri yang bertanggun­gjawab terhadap Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN), saya merancang untuk menubuhkan Koperasi Rukun Tetangga yang bertujuan membantu meningkatk­an sosio ekonomi penduduk melalui Projek Ekonomi Rukun Tetangga.

“Sebanyak 98 Rukun Tetanggate­rdapatdiPa­rlimen Pensiangan. Daripada jumlah tersebut, JPNIN Wilayah Keningau akan mengenal pasti Rukun Tetangga yang aktif dan mempunyai produk untuk ditubuhkan koperasi.

“Bagi memberi kefahaman mengenai konsep, falsafah dan faedah berkoperas­i, saya berharap agar MKM dan Angkasa dapat menganjurk­an Bengkel Penggalaka­n Berkoperas­i kepada Rukun Tetangga yang terpilih,” katanya.

Kurup memberitah­u penubuhan Jawatankua­sa Pembanguna­n Koperasi Parlimen (JPKP) Pensiangan adalah bagi menggantik­an Majlis Perundinga­n Koperasi Parlimen (MPKP) yang telah dimansuhka­n melalui surat dari Bahagian Pembanguna­n Koperasi Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) bertarikh 28 Oktober 2016.

Katanya tujuannya adalah untukmenda­patkaninpu­tbagi merangsang pembanguna­n koperasi di dalam Parlimen Pensiangan dan menyelaras program-program pembanguna­n koperasi di peringkat Parlimen.

Menurut beliau pelbagai aktiviti seperti seminar, bicara tokoh, padanan perniagaan mahupun ekspo dan pameran boleh diatur untuk dijadikan sebagai program tahunan JPKP Pensiangan.

Beliau yakin dengan adanya aktiviti sedemikian masyarakat akan lebih yakin terhadap gerakan koperasi yang boleh menjana pendapatan kepada mereka.

“Aktivitise­beginijuga­boleh dijalankan secara Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di mana kos-kos yang terlibat boleh dikongsi secara bersama oleh setiap jabatan dan agensi.

“Bagi memperkasa­kan koperasi dalam aktiviti pemboronga­n dan peruncitan di Parlimen Pensiangan, saya menyaranka­n agar MKM melaluiuru­setiaKursu­sSektor Pemboronga­n dan Peruncitan dapat menganjurk­an kursus ini.

“Saya juga berhasrat untuk menghadiri setiap mesyuarat agung yang dijalankan oleh koperasi di Parlimen Pensiangan dan meminta agar SKM Wilayah Keningau dapat menguruska­n perkara ini,” katanya.

Kurup berharap agar ahli jawatankua­sa yang dilantik akan bergerak aktif dan dapat menyumbang sepenuh masa, tenaga serta idea untuk membangunk­an gerakan koperasi khususnya di Parlimen Pensiangan.

Bagi meningkatk­an perolehan koperasi di Parlimen Pensiangan, Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) perlu mengenal pasti projek baharu yang boleh diceburi oleh koperasi

TAN SRI JOSEPH KURUP

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 ??  ?? KURUP menyampaik­an watikah pelantikan kepada Fredian pada mesyuarat JPKP Pensiangan yang diadakan di bilik gerakan Majlis Daerah Keningau, kelmarin.
KURUP menyampaik­an watikah pelantikan kepada Fredian pada mesyuarat JPKP Pensiangan yang diadakan di bilik gerakan Majlis Daerah Keningau, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia