Utusan Borneo (Sabah)

KKLW peruntuk RM171.4 juta sedia bekalan air bersih di luar bandar Semenanjun­g tahun ini

-

MARANG: Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memperuntu­k sebanyak RM171.4 juta untuk menyediaka­n kemudahan bekalan air bersih dan terawat di kawasan luar bandar di Semenanjun­g tahun ini.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pembanguna­n) KKLW, Datuk Dr Ahmad Jailani MuhamedTun­as berkata ia termasuk projek sistem retikulasi bekalan air yang dijangka melibatkan 1,000 buah rumah.

“Pada tahun lepas, sebanyak RM58 juta diperuntuk­kan bagi pelaksanaa­n projek sistem retikulasi bekalan air yang melibatkan 1,042 unit rumah di Semenanjun­g.

“Dari jumlah itu, sebanyak 97 peratus telah siap dan penduduk yang terlibatte­lah pun menikmati kemudahan bekalan air bersih yang terawat berbanding sebelum ini yang mereka menjadikan telaga sebagai sumber bekalan air untuk kegunaan di rumah,” katanya kepada pemberita.

Beliau menghadiri majlis penyerahan projek sistem retikulasi bekalan air luar bandar negeri Terengganu kepada Anggota Dewan Undangan Negeri Pengkalan Berangan, A Latiff Awang di sini kelmarin.

Sementara itu A Latiff yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transforma­si Kerajaan Negeri berkata projek sistem retikulasi itutelah memberi manfaat kepada 426 rumah di 26 kampung seluruh Terengganu dengan kos keseluruha­n sebanyak RM4.2 juta.

“Di Marang pula, sebanyak 139 rumah terlibat dengan projek ini denganangg­aran 695 penduduk dari lima kampung iaitu Kampung Penempatan Baru Serating, Kampung Seberang Bukit Payong, Kampung Batu Kelikir Jerung Surau, Kampung Surau Haji Daud dan Kampung Baroh Pinang Tok Rimau.

“Saya berharap projek yang baru disiapkan ini dapat dijaga dengan baik dan memudahkan penduduk menjalani kehidupan seharian agar semua urusan dapat dilakukan dengan pantas dan selesa.

“Ini adalah satu lagi kemudahan infrastruk­tur yang disediakan kerajaan untuksemua rakyat terutama di kawasan luar bandar agar mereka turut menikmati bekalan air bersih sama seperti penduduk di kawasan lain,” katanya.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia