Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 1,200 daftar program YPPB

Pastikan tenaga kerja negara mencukupi

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Lebih 1,200 anak muda Sabah sudah mendaftark­an diri dalam pelbagai program yang ditawarkan oleh Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) tahun ini.

Ketua Pegawai YPPB Raja Azura Raja Mahayuddin berkata ia adalah sebahagian daripada jumlah keseluruha­n iaitu 14,000 yang sudah berdaftar di seluruh negeri.

“Tahun ini sahaja, kita sudah melatih 6,000 pemegang biasiswa di seluruh Malaysia yang mana hampir 800 dilatih di Sabah dalam pelbagai program seperti minyak dan gas, elektrik, ‘front office’, spa dan lain-lain.

“Kita bukan sahaja menyediaka­n program berbentuk kemahiran, malah turut menyediaka­n program profesiona­l dan program tunas yang kini dibuka pemohonann­ya,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Graduasi Ke-2 Program Peneraju Skill Iltizam Terapi Spa, di sini, kelmarin.

Azura berkata pihaknya juga menyasarka­n seramai 500 daripada 1,200 pemegang biasiswa bagi profesion terapi spa yang akan dilaksanak­an pada tahun lalu dan 2017.

Menurutnya pihaknya difahamkan bahawa profesion berkenaan semakin mendapat permintaan daripada pelbagai industri yang berkaitan.

“Kita ingin meningkatk­an pelatih bagi terapi spa dengan pelbagai usaha seperti masuk ke kampung untuk membantu anak-anak muda yang ketinggala­n dalam arus akademik selain memberi pemahaman mengenai kerja berkenaan kepada ibu bapa mereka.

“Sebelum ini juga, kita difahamkan pengambila­n pelatih dari luar negara akan dihentikan, dan kita perlu melipatgan­da usaha untuk memastikan tenaga kerja bagi terapi spa dalam negara kita mencukupi,” jelasnya.

Terdahulu, seramai 60 graduan terapi spa yang berjaya menamatkan kursus selama enam bulan diraikan pada majlis konvokesye­n berkenaan.

Azura merakamkan ucapan tahniah di atas kecemerlan­gan yang dicapai oleh kesemua graduan pada majlis itu memandangk­an kesemuanya sudah mendapat pekerjaan tetap.

Beliau juga mengingatk­an kesemua graduan agar sentiasa melaksanak­an tugas dengan penuh berhemah dan terus meningkatk­an kecemerlan­gan.

Hadir sama ialah Pengurus Excellent Skill Akademy Stella Matuya.

 ??  ?? AZURA (Tengah) menyampaik­an sijil kepada pelatih cemerlang pada majlis berkenaan.
AZURA (Tengah) menyampaik­an sijil kepada pelatih cemerlang pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia