Utusan Borneo (Sabah)

Philippine Airlines sambung semula penerbanga­n harian Manila-KL Jun ini

-

KUALA LUMPUR: Philippine Airlines akan menyambung semula penerbanga­n harian antara Manila dan Kuala Lumpur mulai Jun depan selepas membuat penangguha­n selama tiga tahun, dengan menyasarka­n sekurangku­rangnya 80 peratus faktor beban dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Naib Presiden Kanan bagi Kumpulan Komersil David A. Lim, berkata penyambung­an semula penerbanga­n antara kedua-dua ibu negara itu adalah seiring dengan pemodenan serta pengembang­an laluan syarikat penerbanga­n terbabit.

“Kami bukan sahaja mahu ‘menjual’ Manila kepada pelancong Malaysia malah Filipina secara keseluruha­n termasuk laluan yang merangkumi Amerika dan Oceania,” katanya kepada pemberita selepas mengumumka­n laluan Manila-Kuala Lumpur kelmarin.

Turut hadir ialah Naib Presiden untuk Jualan Philippine Airlines Ryan T. Uy dan Presiden Pacific World Travel Sdn Bhd Tunku Datuk Seri Iskandar Tunku Abdullah.

Pacific World Travel merupakan ejen jualan umum bagi Philippine Airlines di Malaysia.

“Kami telah berkembang kepada lapan destinasi ba- haru tahun ini dan kami akan memperluas­kan lagi sehingga akhir tahun,” kata Lim.

Sekarang ini, Philippine Airlines memiliki 29 penerbanga­n domestik dan 44 destinasi antarabang­sa termasuk Timur Tengah dan Eropah.

Katanya, pembukaan semula laluan ini disasarkan untuk mengambil peluang ke atas integrasi ekonomi ASEAN kerana ia akan menyediaka­n akses kepada peluang perniagaan yang baharu.

Lim menyatakan keyakinan bahawa syarikat penerbanga­n itu akan mendapat semula bahagian pasarannya di Malaysia kerana ia merancang untuk mengembang­kan kerjasama perkongsia­n kodnya dengan Malaysia Airlines di laluan penerbanga­n domestik.

Syarikat penerbanga­n itu menangguhk­an penerbanga­nnya ke Kuala Lumpur dalam 2014 selepas setahun beroperasi, berpunca akibat faktor-faktor mikroekono­mi, kata Uy.

Katanya, tahun 2013 adalah tahun yang mencabar bagi semua pihak disebabkan oleh harga minyak yang tinggi.

“Itu adalah sebahagian daripada sebab-sebab mengapa kami menghentik­an perkhidmat­an tersebut. Kami percaya ini adalah masa yang terbaik untuk masuk semula, khususnya dengan ASEAN yang meraikan ulang tahun ke-50, bagi mengembang­kan industri pelanconga­n kami,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LIM (tengah) semasa sidang media mengumumka­n laluan Manila-Kuala Lumpur di Kuala Lumpur kelmarin. Turut hadir Iskandar (kanan) dan Uy.
— Gambar Bernama LIM (tengah) semasa sidang media mengumumka­n laluan Manila-Kuala Lumpur di Kuala Lumpur kelmarin. Turut hadir Iskandar (kanan) dan Uy.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia