Utusan Borneo (Sabah)

MIDA nilai pelaburan berpotensi RM1 bilion daripada syarikat Perancis

-

KUALA LUMPUR: Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) sedang membuat penilaian ke atas pelaburan yang berpotensi bernilai RM1.0 bilion daripada beberapa syarikat Perancis.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif II, Datuk N. Rajendran, berkata pelaburan dalam sektor pengangkut­an, penyelidik­an dan pembanguna­n, reka bentuk litar bersepadu, kemudahan pengujian dan bioteknolo­gi dijangka diluluskan dalam masa beberapa bulan akan datang.

“Tujuannya untuk membentuk kerjasama supaya kami dapat meningkatk­an usaha kami dari segi teknologi dan inovasi,” katanya kepada pemberita pada taklimat sempena lawatan delegasi Persekutua­n Perniagaan Antarabang­sa Perancis (MEDEF) di sini.

Setakat 2015, 118 projek pembuatan dengan kepentinga­n Perancis, bernilai AS$1.08 bilion (AS$1=RM4.46), dilaksanak­an di Malaysia, menjadikan­nya pelabur asing kelima terbesar di negara ini dalam kalangan negara-negara Kesatuan Eropah.

Pelaburan itu sebahagian besarnya dalam produk petroleum, jentera dan peralatan, kelengkapa­n pengangkut­an, kimia dan bahan kimia serta asas produk logam.

Duta Perancis ke Malaysia, Christophe­r Penot, berkata syarikat Perancis mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh di Malaysia dengan lebih 270 syarikat melabur di negara ini setakat ini.

“Syarikat ini menggaji kira-kira 26,000 orang dan mempunyai perolehan tahunan sebanyak RM18 bilion,” katanya.

Sementara itu, Presiden Medef, Pierre Gattaz, berkata lawatan selama dua hari itu bertujuan untuk memahami dengan lebih baik mengenai pasaran Malaysia dan keperluan sektor infrastruk­tur, pengangkut­an, pelanconga­n, agroindust­ri dan tenaga serta ekonomi digital negara ini.

“Perancis boleh membawa kecekapan, kepakaran dan tenaga kerja dan kami di sini untuk memahami keperluan ini dan mencari peluang,” katanya.

Kira-kira 50 orang, termasuk wakil daripada 40 syarikat, menyertai lawatan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia