Utusan Borneo (Sabah)

AirAsia X catat untung sebelum cukai RM251.18j tahun kewangan 2016

-

KUALA LUMPUR: Airasia X Bhd mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM251.18 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2016 berbanding kerugian sebelum cukai sebanyak RM446.48 juta pada 2015.

Perolehann­ya naik kepada RM4.01 bilion berbanding RM3.06 bilion sebelum ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia kelmarin, syarikat penerbanga­n tambang rendah jarak jauh itu berkata prestasi lebih baik itu disebabkan penumpang yang dibawa meningkat, pendapatan sampingan yang lebih tinggi, pendapatan pajakan operasi pesawat yang lebih baik serta pendapatan fret dan kargo yang bertambah baik.

“Pada 2016, Airasia X membawa 29.7 peratus lebih penumpang seramai 4.69 juta berbanding 3.61 juta pada 2015, membawa kepada peningkata­n sebanyak empat peratus dari segi faktor muatan.

“Sementara itu, pendapatan sampingan meningkat sebanyak 34.9 peratus kepada RM642.7 juta pada 2016 berbanding RM476.4 juta pada 2015 manakala pendapatan pajakan operasi pesawat naik 60.6 peratus kepada RM440.1 juta berbanding RM274 juta,” katanya.

Katanya pendapatan fret dan kargo naik sebanyak 25.5 peratus kepada RM134.9 juta berbanding RM107.5 juta pada 2015 susulan muatan yang dibawa tinggi.

Pada suku keempat pada 2016, keuntungan sebelum cukai Airasia X merosot kepada RM29.88 juta berbanding RM124.61 juta pada suku sama pada 2015, susulan pendapatan lebih tinggi sebanyak RM1.17 bilion berbanding RM841.14 juta.

“Berdasarka­n trend tempahan awal pada masa ini, muatan awal dan tambang purata lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

“Bagaimanap­un, penyusutan ringgit menjadi kebimbanga­n utama berikutan sebahagian besar daripada pinjaman Airasia X dan kos operasi dalam dolar AS,” katanya. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia