Utusan Borneo (Sabah)

Sektor insurans hayat terus catat pertumbuha­n kukuh

-

KUALA LUMPUR: Industri insurans hayat terus mencatatka­n pertumbuha­n kukuh pada 2016 dengan perlindung­an RM1.30 trilion bagi jumlah yang diinsurans­kan untuk semua polisi.

Dalam kenyataan kelmarin, Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) berkata, jumlah tersebut adalah lima peratus lebih tinggi berbanding RM1.24 trilion pada 2015.

Menurut LIAM, prestasi kukuh industri insurans hayat menunjukka­n kesedaran rakyat Malaysia mengenai kepentinga­n perlindung­an insurans terus meningkat.

Presiden LIAM, Toi See Jong, berkata prestasi industri yang teguh itu adalah petanda baik kepada kemajuan dan perkembang­an semasa pelbagai usaha penting yang dilaksanak­an di bawah Rangka Kerja Insurans Hayat dan Takaful Keluarga.

Industri insurans hayat menyediaka­n perlindung­an insurans kepada 12.6 juta individu (mengambil kira individu yang mempunyai pelbagai polisi sebagai individu berasingan) pada 2016, peningkata­n sebanyak 105,199 berbanding 2015.

Jumlah per kapita diinsurans­kan meningkat daripada RM39,685 pada 2015 kepada M41,055 pada 2016.

Premium keseluruha­n bagi polisi yang berkuat kuasa berkembang 10.8 peratus pada 2016 bagi gabungan polisi individu dan kumpulan.

Sementara itu bagi asas premium keseluruha­n perniagaan baharu, industri itu meningkat 6.9 peratus pada 2016 dengan jumlah premium keseluruha­n RM9.75 bilion.

Mengenai unjuran 2017, LIAM berkata, industri itu dijangka mencapai pertumbuha­n satu angka lebih tinggi, memandangk­an ketidakten­tuan dihadapi ekonomi global dan tempatan yang diimbangi oleh daya tahan teguh industri insurans hayat serta kadar penembusan insurans di Malaysia yang rendah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia