Utusan Borneo (Sabah)

Maut disambar buaya depan mata ibu

Pelajar tunggu keputusan SPM

-

MIRI: Seorang pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Marudi yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut disambar buaya semasa sedang mandi bersama ibu dan beberapa penduduk berdekatan rumah panjang mereka, Rumah Jampang, Sungai Tapang, Ulu Peking, Marudi pada jam 5.15 petang Selasa. Mangsa, Agnes Luang, 18, yang berada di atas jeti (tempat mereka mandi) disambar buaya di depan mata ibunya sendiri serta beberapa penduduk termasuk tuai rumah panjang mereka, Tuai Rumah (TR) Jampang Kantan, namun mereka tidak sempat berbuat apa-apa kerana serangan berlaku terlalu pantas.

Menurut penduduk kampung, mangsa sempat memanggil ibunya, ‘Mak!’ sebelum buaya itu mengheretn­ya ke tengah sungai dan timbul seketika dengan mangsa masih dibaham dalam mulutnya, namun sudah terkulai tidak bernyawa dan tenggelam semula ke dalam sungai.

Malah, ayah mangsa yang sudah bersedia di jeti berkenaan bersama selaras senapang patah, teragak-agak menembak buaya berkenaan kerana bimbang terkena anaknya.

Buaya itu dianggarka­n sepanjang 18 kaki atau enam meter panjang dengan lebar kepalanya kira-kira satu kaki.

TR Minggu Juing dari Sungai Peking Tengah memberitah­u Utusan Borneo, sejurus kejadian itu semua penduduk kampung dari tujuh rumah panjang sekitar Peking bergegas ke Rumah Jampang untuk memburu buaya itu serta mencari mangsa dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mereka berlarutan hingga pagi Rabu.

“Saya sendiri turut bersama menyelam di tempat kejadian, hanya tiga orang sahaja yang berani turun ke sungai, (dengan harapan menemui mangsa) termasuk saya sendiri,” katanya.

Di Marudi, pihak polis di Balai Polis Marudi turut menerima panggilan telefon daripada TR Ludan Ratih yang memaklumka­n kejadian itu.

Pasukan SAR pula bergerak dari Rumah Jampang pada jam 7 pagi Rabu, terdiri daripada tujuh anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi dan empat anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Long Lama dan Marudi.

Mereka tiba di lokasi kejadian dengan dua buah bot, sambil dibantu penduduk kampung.

Dalam pada itu, mayat mangsa berjaya ditemui oleh pasukan SAR pada jam 11.10 pagi Rabu dalam radius dua kilometer dari tempat mangsa kali terakhir dilihat.

Ketika ditemui, badan mangsa masih dalam keadaan sempurna tetapi ada kesan gigitan. Mayat mangsa terus dibawa pulang ke rumah panjang atas permintaan kedua-dua ibu bapanya.

Ini merupakan serangan buaya kedua di sungai berkenaan selepas serangan pertama beberapa tahun lalu mengorbank­an seorang lelaki dari rumah panjang sama.

Ketua Polis Daerah Marudi, DSP Gabriel Risut ketika mengesahka­n kejadian itu memberitah­u pihak Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) juga telah dimaklumka­n tentang insiden berkenaan.

“Mangsa sempat memanggil ibunya, ‘Mak!’ sebelum buaya itu mengheretn­ya ke tengah sungai dan timbul seketika dengan mangsa masih dibaham dalam mulutnya, namun sudah terkulai tidak bernyawa dan tenggelam semula ke dalam sungai.

PENDUDUK KAMPUNG

 ??  ?? AHLI keluarga mangsa tidak dapat menahan pilu sambil meratapi mayat mangsa. Gambar kecil adalah Agnes.
AHLI keluarga mangsa tidak dapat menahan pilu sambil meratapi mayat mangsa. Gambar kecil adalah Agnes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia