Utusan Borneo (Sabah)

Penjualan gam, nospan perlu dikawal selia

-

KUCHING: Kerajaan pusat perlu menambah baik peraturan di bawah Akta Racun untuk memastikan penjualan gam dan pil nospan dikawal selia dan dikuatkuas­akan dengan betul supaya ia tidak terlalu mudah diperolehi dan disalahgun­akan.

Menteri Muda Belia dan Sukan DatukAbdul­KarimRahma­nHamzah berkata ia kerana penghiduan gam dan penyalahgu­naan pil nospan telah menjadi masalah yang membimbang­kan di Sarawak berbanding penyalahgu­naan dadah.

“Kalau dari segi penyalahgu­aan dadah, jumlah kes di Sarawak tidaklah begitu besar berbanding Semenanjun­g Malaysia tetapi masalah kita adalah penghiduan gam dan penyalahgu­naan pil nospan dalam kalangan anak-anak muda.

“Malah,initurutme­mbimbangka­n di bandar dan luar bandar di mana polis dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) terikat dalam menangani masalah ini disebabkan peraturan di bawah Akta Racun yang tidak menyatakan penyalahgu­naan bahan-bahan tersebut sebagai haram,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual selepas menyempurn­akan majlis perasmian Seminar Kesedaran Bebas Dadah anjuran Biro Wanita Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Sarawak di sebuah hotel di sini, pada Rabu.

Karim yang juga pengerusi Pemadam Sarawak dan selaku pengerusi Biro Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutua­n Labuan Pemadam Kebangsaan turut menegaskan bahawa kerajaan pusat tidak harus memandang ringan masalah tersebut, walaupun ia kelihatan kecil jika dibandingk­an dengan penyalahgu­naan dadah.

“Sejak dulu lagi, sering kita mendengar masalah ini diajukan oleh wakil-wakil rakyat dalam persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi bagi saya, kenapa kerajaan pusat tidak melihatnya secara mendalam.

“Ia mungkin kerana masalah d Semenanjun­g Malaysia bukan penghiduan gam tetapi lebih kepada penyalahgu­naan dadah namun bagi kita, ia adalah masalah yang sangat besar di mana jika tidak ditangani, ia boleh mendorong anak-anak kita untuk mengambil dadah pada masa akan datang,” katanya.

 ??  ?? KARIM (tengah) diiringi Pengerusi Biro Wanita PEMADAM Sarawak Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali melihat pameran dadah sempena Seminar Kesedaran Bebas Dadah di Kuching.
KARIM (tengah) diiringi Pengerusi Biro Wanita PEMADAM Sarawak Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali melihat pameran dadah sempena Seminar Kesedaran Bebas Dadah di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia