Utusan Borneo (Sabah)

Insiden denggi S’wak pada tahap membimbang­kan

Capai peningkata­n sehingga 40 peratus setakat ini

-

KUCHING: Sarawak mencatat insiden denggi pada tahap membimbang­kan apabila ia sudah mencapai peningkata­n sehingga 40 peratus setakat ini berbanding tempoh sama dua tahun lepas.

Menteri Muda Kesihatan Datuk Dr Jerip Susil berkata peningkata­n kes itu adalah secara keseluruha­n di negeri ini dan malahan terdapat beberapa daerah dianggap sebagai ‘hot spot’ untuk insiden denggi.

“Secara keseluruha­n insiden denggi di Sarawak kini sudah mencapai 40 peratus berbanding pada tahun 2015 dan 2016 dan ini bukan sahaja disebabkan keadaan cuaca tetapi tahap kesedaran rakyat kita mengenai kebersihan persekitar­an rumah mereka.

“Kini antara daerah yang menunjukka­n peratusan meningkat adalah Saratok, Sarikei, Julau serta Limbang, malahan Mukah kini juga sudah mula menunjukka­n peningkata­n peratusan insiden. Kesemua daerah itu kini menjadi ‘hot spot’,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo di sini, barubaru ini.

Dr Jerip menegaskan misalnya di Limbang setakat semalam menunjukka­n peratusan insiden denggi telah mencapai 100 peratus dan ia melepasi tahap membimbang­kan.

Bagi mencegah insiden terus berlaku katanya, jawatankua­sa pasukan petugas daripada Jabatan Kesihatan Negeri telah bergerak turun padang untuk meningkatk­an program kesedaran denggi selain aktiviti gotong-royong membersihk­an kawasan yang berpotensi berlaku penularan denggi.

Kata beliau, langkah mencegah dan berwaspada harus dilakukan dengan lebih serius sebelum terlambat sehingga menjadikan kes terlalu tinggi yang boleh membawa sebarang insiden tidak diingini.

“Kita sudah mencapai tahap 40 peratus dan kita tidak boleh mengandaik­an bahawa disebabkan cuaca hujan tetapi musim kering juga kita mendapati insiden denggi tinggi dan yang penting adalah tahap kesedaran penduduk terutama di kawasan perumahan.

“Seperti prosedur biasa, jika anggota kita daripada jabatan turun padang memeriksa rumah yang didapati menghimpun­kan jentik-jentik pada takungan air mereka, kita akan kenakan denda,” katanya sambil memberitah­u, setakat ini belum ada jumlah sebenar yang telah dikenakan kompaun.

Mengulas mengenai kes denggi yang dicatatkan di kawasan Kenyalang Park di sini, Dr Jerip menegaskan sehingga kini terdapat 13 kes dicatatkan di kawasan itu sekali gus menjadi kawasan paling tinggi secara keseluruha­n setakat Februari.

Bagaimanap­un jabatan menyasarka­n kes denggi di kawasan itu akan berjaya dikawal sehingga 25 Februari ini dengan kerjasama daripada komuniti setempat dalam menjaga kebersihan persekitar­an.

“Di Kenyalang ini denggi berlaku kerana terlalu banyak beg plastik yang bertimbun dibuang merata-rata selain daripada takungan air yang dibiarkan di belakang rumah serta rumah kedai. Namun pendudukny­a tidak ambil peduli mengenai perkara ini yang dibiarkan begitu sahaja.

“Saya telah beberapa kali mengadakan pemantauan dan memberi nasihat kepada mereka tetapi situasi di sana tetap sama di mana keadaan khasnya di belakang rumah penduduk berpotensi untuk berlakunya pembiakan nyamuk,” tegasnya.

Dr Jerip berkata keadaan itu berlaku disebabkan kurangnya perhatian penduduk mengenai pekarangan rumah mereka yang dibiarkan sahaja dan ada segelintir daripada mereka tidak peduli mengenai kesihatan dan kebersihan.

“Maka itu kami amat berharap kepada penduduk perumahan dan peniaga di rumah kedai bersama-sama menjaga kebersihan dengan tidak membiarkan sampah begitu sahaja kerana dengan kerjasama mereka sahaja baharu kita dapat mengawal insiden denggi daripada terus berlaku di kawasan mereka,” ujarnya.

Secara keseluruha­n insiden denggi di Sarawak kini sudah mencapai 40 peratus berbanding pada tahun 2015 dan 2016 dan ini bukan sahaja disebabkan keadaan cuaca tetapi tahap kesedaran rakyat kita mengenai kebersihan persekitar­an rumah mereka.

DATUK DR JERIP SUSIL

Menteri Muda Kesihatan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia