Utusan Borneo (Sabah)

BN ada sistem terbaik bantu golongan sasar menerusi rasionalis­asi subsidi

-

LIMBANG: Kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai sistem terbaik membantu golongan memerlukan melalui rasionalis­asi subsidi dilaksana bagi meringanka­n beban golongan kurang berkemampu­an di negara ini.

Menteri Muda Kebajikan dan Kesejahter­aan Komuniti Dr Abdul Rahman Ismail berkata kerajaan masih meneruskan subsidi kepada kelompok memerlukan seperti membabitka­n kesihatan, pendidikan dan ekonomi.

“Langkah rasionalis­asi subsidi dan bantuan terus menunjukka­n prihatinan kerajaan melaksana pelbagai langkah pembaharua­n bagi memastikan negara mencapai status negara maju berpendapa­tan tinggi dengan rakyat dapat menikmati kualiti hidup lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan Tabung Bencana Agromakana­n kepada Usahawan Tani Daerah Limbang di Dewan Suarah Limbang.

Turut hadir Pegawai Pertanian Bahagian Limbang Rosahhajah Mohidi, Penolong Pegawai Pertanian Limbang Alex Ding, Pegawai FAMA Limbang Mohd Nor Arbie Bujang dan Pengurus Agrobank Limbang Surinah Nayan.

ADUN Bukit Kota itu menambah, keadaan konomi negara masih lagi stabil meskipun berdepan dengan kelembaban ekonomi dunia dan pelbagai andaian negatif mengenai Malaysia.

Selain itu beliau mahu ketua kampung dilantik kerajaan menjalanka­n tugas dengan baik dan amanah sebagai pemimpin di peringkat akar umbi dengan mengambil berat kebajikan anak-anak buah masing-masing selain memastikan kelangsung­an pembanguna­n di kawasan mereka.

“Tanggungja­wab dan kejujuran terletak di bahu ketua kampung dalam memastikan penduduk kampung tidak tercicir daripada penerima bantuan,”katanya.

Wang ihsan menurutnya bukan diberikan untuk mengganti kerosakan tetapi bagi meringanka­n beban mereka yang berdepan kerosakan tanaman akibat banjir besar yang melanda Limbang pada 2015.

Terdahulu Rosahhajah berkata bantuan wang ihsan diberikan di bawah Tabung Bantuan Bencana Agromakana­n, Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.

Ia katanya, membabitka­n kerosakan dan kemusnahan padi, sayur-sayuran, buahbuahan, ternakan veterinar dan akuakultur serta industri asas tani.

Sebanyak RM763,000 diagihkan membabitka­n 763 penerima pada majlis itu di bawah fasa pertama.

 ??  ?? DR Abdul Rahman (tengah) bersama kenamaan lain bergambar dengan para penerima pada majlis itu.
DR Abdul Rahman (tengah) bersama kenamaan lain bergambar dengan para penerima pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia