Utusan Borneo (Sabah)

Belia tidak perlu segan bertutur guna bahasa Inggeris, kata Manyin

-

MIRI: Golongan belia di negeri ini tidak perlu berasa malu menggunaka­n bahasa Inggeris semasa berkomunik­asi sebaliknya harus menguasai bahasa itu selaras dengan seruan Allahyarha­m Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Menteri Belia, Sukan dan Perpaduan Dato Sri Micheal Manyin Jawong (gambar) berkata Allahyarha­m Tok Nan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di Sarawak dan seharusnya matlamat ini perlu dicapai bersama.

“Kita mahu belia di Sarawak menguasai dan mahir menggunaka­n bahasa Inggeris dan tidak perlu malu kerana jika berkomunik­asi setiap hari dengan bahasa Inggeris, lambat laun akan mahir,” katanya.

Manyin berkata demikian selepas merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah Rendah (MSSR) Miri Ke-33 di Stadium Miri baru-baru ini.

Menurut Manyin, bahasa Inggeris juga merupakan bahasa yang sinonim dengan sains, teknologi dan komunikasi.

“Tidak dinafikan kepentinga­n bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda, namun bahasa Inggeris juga penting kerana ia bahasa komunikasi dunia dan kita akan tertinggal jika tidak mahir menguasai bahasa ini,” jelasnya.

Sehubungan itu katanya, pelajar sekolah harus memanfaatk­an peluang menguasai bahasa Inggeris serta cuba berkomunik­asi dengan rakan mereka menerusi bahasa global.

“Jika salah tidak mengapa, yang penting mereka belajar dari kesilapan serta berusaha memahami dan menyebut perkataan yang ringkas tetapi mudah difahami,” katanya.

Beliau juga menyaranka­n ketua masyarakat dan ibu bapa menggalakk­an anakanak mereka bertutur dalam bahasa Inggeris dalam proses untuk memahirkan golongan itu.

Mayin juga menyaranka­n pelajar terlibat dalam bidang sukan yang telah menaikkan nama Pandalela Rinong, Watson Nyambek dan Nicol David.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia