Utusan Borneo (Sabah)

PKB Kuching, MBKS lakukan kawalan tangani denggi di Kenyalang Park

-

KUCHING: Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Kuching dengan kerjasama Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) akan terus melakukan kawalan di Kenyalang Park bagi menangani wabak denggi di kawasan berkenaan.

Pengarah Kesihatan Negeri Dr Jamilah Hashim berkata, wabak denggi berlaku di Kenyalang Park mulai 30 Januari lepas dan dijangka tamat pada 22 Februari 2017.

“Wabak berkenaan diklasifik­asikan sebagai wabak terkawal dan terdapat 13 kes didaftarka­n setakat ini dengan kes terakhir pada 8 Februari 2017.

“Tindakan kawalan telah diambil PKB Kuching bersama MBKS,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo di sini, baru-baru ini.

Menurut Dr Jamilah, pada 16 Februari telah dijalankan operasi gotong-royong bersama MBKS dan polis di Kenyalang Park.

Ia kata beliau, bagi membersihk­an kawasan tanah kosong yang terbiar di kawasan berkenaan untuk mencegah daripada pembiakan nyamuk.

“Namun kawalan dari semasa ke semasa di Kenyalang Park oleh PKB Kuching dan MBKS akan diteruskan,” katanya.

Sebelum ini MBKS juga telah mengambil inisiatif dengan mengadakan kempen kesedaran di tempat awam bersama Datuk Bandarnya Datuk James Chan termasuk bersama komuniti di Pasar Basah Kenyalang Park.

Chan pada masa yang sama meminta kerjasama daripada warga Kuching khasnya di Kenyalang Park untuk meningkatk­an lagi kebersihan persekitar­an rumah mereka bagi mencegah berlakunya penyebaran denggi.

Katanya penduduk perumahan tidak harus menyalahka­n pihak berkuasa tempatan untuk menjaga kebersihan tetapi memerlukan kerjasama daripada semua terutama pemilik rumah.

Bahkan beliau juga menyaranka­n kepada mereka yang mendapati terdapat ada warga yang membuang sampah sembaranga­n atau membiarkan air bertakung agar dilaporkan kepada pihaknya bagi tujuan tindakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia