Utusan Borneo (Sabah)

Penyertaan badminton ditutup esok

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Semua pemain diingatkan bahawa penyertaan Kejohanan Badminton Bawah 18 dan 21 Tahun 2017 akan ditutup secara rasmi pada esok (25 Februari).

Kejohanan anjuran Persatuan Badminton Sabah (SBA) itu akan berlangsun­g di Adventist Auditorium Tamparuli bermula 4-6 Mac.

Timbalan Presiden SBA merangkap pengerusi penganjur Golubi Guntarek berkata, kejohanan itu terbuka untuk warganegar­a Malaysia dan sekurang-kurangnya telah menetap selama tiga bulan di negeri Sabah ataupun di Wilayah Persekutua­n Labuan.

“Pemain dari negeri lain yang layak menyertai kejohanan ini perlu mendapat surat kebenaran daripada Persatuan Badminton Negeri asalnya dan sekiranya terpilih, hendaklah mewakili negeri Sabah untuk tempoh dua tahun iaitu 2017-2018.

“Selain mencari wakil Sabah menyertai kejohanan peringkat kebangsaan untuk kedua-dua kumpulan umur itu, pemainpema­in yang berbakat juga akan diserapkan ke dalam pasukan elite Sabah 2017.

“Kejohanan ini juga bertujuan untuk mencungkil bakatbakat baru,” jelas beliau selepas mempengeru­sikan mesyuarat ahli jawatankua­sa pengelola di dewan pertanding­an di Tuaran baru-baru ini, dengan turut dihadiri oleh presiden SBA Janih Bangud.

“Setiap pemain hendaklah mendaftar melalui Persatuan Badminton Daerah masingmasi­ng dan jika mewakili daerah lain perlu menunjukka­n surat pelepasan dan surat penerimaan daripada kedua-dua Persatuan Daerah yang berkenaan dan setiap daerah dibenarkan mendaftar maksima empat pemain dalam setiap kategori.

“Setiap pemain juga hanya dibenarkan mendaftar/menyerti satu kategori sahaja,” tegas Golubi.

Keterangan lanjut boleh diperoleh dengan menghubung­i Steve J di talian 011-135383285 atau Golubi di talian 0198716733 atau 0198608899.

 ??  ?? GOLUBI (depan tiga dari kanan) dan Janih bersama ahli jawatankua­sa pengelola Kejohanan Badminton Bawah 18 dan 21 Tahun 2017 selepas perbincang­an di Adventist Auditorium, Tamparuli baru-baru ini.
GOLUBI (depan tiga dari kanan) dan Janih bersama ahli jawatankua­sa pengelola Kejohanan Badminton Bawah 18 dan 21 Tahun 2017 selepas perbincang­an di Adventist Auditorium, Tamparuli baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia