Utusan Borneo (Sabah)

Golf Senior Terbuka Sabah buka penyertaan

- Oleh DESMOND QWEK

KOTAKINBAL­U:Persatuan Golf Sabah (SGA) akan menganjurk­an Kejohanan Golf Amatur Senior Terbuka Sabah Ke-7, 2017 di Borneo Golf Resort, Bongawan bermula 11-12 Mac.

Presiden SGA Datuk George Bandusena berkata, kejohanan itu membuka penyertaan untuk pemainpema­in lelaki berumur 55 tahun ke atas dan pemain wanita berumur 45 tahun keatas.

“Ini merupakan kali kelima kita (SGA) menganjurk­an kejohanan itu di Borneo Golf. Tahun ini kita meletak sasaran untuk menarik penyertaan 120 pemain termasuk 20 pemain wanita.

“Oleh kerana penyertaan kategori wanita yang agak dingin pada tahun lalu, hanya kategori lelaki dipertandi­ngkan di mana kejohanan itu telah dijuarai oleh pemain tidak asing lagi Ian Quek.

“Untuk itu, SGA amat berterima kasih kepada (presiden Borneo Golf Resort Berhad; Datuk) C.K. Tan kerana terus memberi sokongan kepada persatuan ini untuk menganjurk­an kejohanan itu di sana sekali lagi,” jelas beliau pada sidang media di Sabah Golf and Country Club (SGCC), Bukit Padang kelmarin.

“Berdasarka­n maklum balas awal, kejohanan tahun ini dijangka akan disertai oleh pemain-pemain dari sekitar wilayah ini termasuk dari Brunei Darussalam, Sarawak, Semenanjun­g Malaysia, kelab-kelab dari seluruh negeri Sabah serta juga pemain-pemain senior dari Korea yang kini sedang bercuti di sini.

“Kita juga menjangkak­an penyertaan juara bertahan serta bekas-bekas juara yang lain termasuk Datu Goldah Keri, Ng Loong Fah, Yong Yau Phin, Peter Wong dan Jesus Arapoc untuk kategori lelaki dan Shirley Poh dan Rokiah Daud untuk kategori wanita,” tambah George.

“Kejohanan ini dianjur khusus untuk para pemain senior di negeri ini kerana pada hari ini terlalu ramai pemain remaja yang hebat. Maka dengan itu, SGA mengambil inisiatif menganjurk­an kejohanan ini.

“Selain itu, kejohanan ini akan menjadi medan pemilihan pemain-pemain terbaik untuk mewakili Sabah dalam Perlawanan Piala SGA Senior Ke-3 yang akan diadakan di Sarawak. Kita merupakan juara bertahan selepas menewaskan negeri jiran itu tahun lalu. Edisi pertama di Sarawak dimenangi oleh pasukan tuan rumah.

“SGA percaya, kejohanan senior ini juga mampu menarik penyertaan lebih ramai pemain-pemain dari luar negeri dari masa ke semasa. Dan ini sudah tentu akan membantu dalam menyuntik pembanguna­n industri sukan pelanconga­n negeri ini,” tambah beliau.

Kejohanan dua hari itu menawarkan tujuh kategori hadiahiait­uGrossKese­luruhan Lelaki, Nett Medal A Lelaki (55-60 tahun), Nett Medal B Lelaki (60-65 tahun), Nett Medal C Lelaki (66-70 tahun), Nett Super Senior Lelaki (70 tahun ke atas), Gross Keseluruha­n Wanita dan Nett Keseluruha­n Wanita.

Dalam pada itu, Pengurus Besar BGRB Peter Tan berkata, persediaan lapangan untuk menjadi tuan rumah kejohanan itu berjalan baik.

“Dengan keadaan cuaca hujan yang lebih kerap sejak akhir-akhir ini, keadaan lapangan semakin meningkat baik dan begitu juga keadaan `green’ yang mana saya yakin akan memberi cabaran yang hebat buat para pemain.

“Dengan kehadiran pemain-pemain handalan termasuk salah seorang juara senior dunia dari Korea, saya juga percaya saingan untuk merebut gelaran gross lelaki pastinya akan berlangsun­g sengit,” jelas beliau.

Sehubungan dengan itu, mereka yang berminat boleh mendapatka­n keterangan lanjut dengan menghubung­i pejabat SGA di talian 088318133 atau pengurus SGA Fabian Faurillo di talian 0168305413 atau BGRB ditalian 087-861888 sebelum tarikh tutup pada 6 Mac.

Hadir sama di sidang media kelmarin ialah setiausaha kehormat SGA Maximillia­n Boijol serta ahli jawatankua­sa penganjur Julia Hwang, Raymond Tan, Donnie Intung, Ronnie Pan dan Fabian.

 ??  ?? GEORGE (empat kanan) bersama Fabian (dari kiri), Donnie, Julia, Peter, Maximillia­n, Raymond dan Ronnie menunjukka­n poster Kejohanan Amatur Senior Terbuka Sabah 2017 selepas sidang media di rumah SGCC, Bukit Padang kelmarin.
GEORGE (empat kanan) bersama Fabian (dari kiri), Donnie, Julia, Peter, Maximillia­n, Raymond dan Ronnie menunjukka­n poster Kejohanan Amatur Senior Terbuka Sabah 2017 selepas sidang media di rumah SGCC, Bukit Padang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia