Utusan Borneo (Sabah)

Sabah sekadar seri 1-1 dengan PKNP

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

Menang adalah keputusan yang lebih wajar untuk Sabah pada perlawanan itu berdasarka­n penguasaan permainan dan peluang yang dicipta. Tetapi beginilah bola sepak. Menguasai permainan dan mencipta peluang bukan jaminan untuk menang. Sebab itu saya tidak berpuas hati dengan keputusan ini...begitu juga dengan prestasi pasukan. Mereka (pasukan) bermain baik tetapi mereka sebenarnya boleh bermain lebih baik dari ini.

JUSTIN GANAI

Ketua jurulatih Piala Presiden

KOTA KINABALU: Sabah gagal mengotakan sasaran meraihmata­penuhsebal­iknya dipaksa berkongsi satu mata dengan keputusan seri 1-1 oleh pasukan Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) pada perlawanan sulung kedua-dua pasukan dalam saingan liga Piala Presiden di Stadium Likas kelmarin.

Sabah mendahului 1-0 pada separuh masa pertama menerusi tandukan Fazriel Hanafi Stepanus terhadap hantaran lintang Devid Ansurui seawal minit ketujuh.

Pasukan pelawat bagaimanap­un menjaringk­an gol penyamaan lebih awal ketika permainan baru kirakira 40 saat berlangsun­g selepas rehat menerusi rembatan dari jarak dekat Muhd Aizzat Maidin Kotty yang berpuca daripada gerakan pertama mereka sebaik sepak mula.

Ia adalah satu-satunya peluang terbaik yang dicipta pasukan pelawat tetapi cukup untuk mengecewak­an Sabah yang mengidamka­n mata penuh pada perlawanan itu.

Sabah perlu menyalahka­n diri sendiri dengan kegagalan memiliki perlawanan itu kerana gagal menyudahka­n beberapa peluang yang dicipta.

Ketua jurulatih skuad pelapis Sabah itu, Justin Ganai berkata, menang adalah keputusan yang lebih wajar untuk Sabah pada perlawanan itu berdasarka­n penguasaan permainan dan peluang yang dicipta.

“Tetapi beginilah bola sepak. Menguasai permainan dan mencipta peluang bukan jaminan untuk menang. Sebab itu saya tidak berpuas hati dengan keputusan ini...begitu juga dengan prestasi pasukan. Mereka (pasukan) bermain baik tetapi mereka sebenarnya boleh bermain lebih baik dari ini.

“Beberapa pemain juga bermain di bawah tahap kemampuan sebenar dan mereka juga melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya termasukla­h yang menyebabka­n lawan menjaringk­an gol penyamaan,” kata Justin.

Menurutnya, pemain juga tidak mematuhi sepenuhnya arahan yang beliau berikan dan mengulangi kesilapan yang sudah beberapa kali beliau tegur dalam latihan.

“Saya harap pemain akan lebih cepat sedar kesilapan yang mereka lakukan gagar ia tidak berulang lagi pada perlawanan akan datang.

“Kami akan memanfaatk­an sepenuhnya tempoh seminggu ini untuk memperbaik­i kelemahan yang ada dengan harapan dapat meraih mata penuh pada perlawanan kedua menentang Selangor PKNS di tempat lawan pada 2 Februari,” katanya.

Sambil itu, pengurus pasukan Datuk Juil Nuatim berharap kegagalan meraih mata penuh pada perlawanan sulung yang separutnya mereka menang itu dijadikan iktibar oleh pemain untuk berkerja lebih keras memperbaik­i prestasi.

“Secara keseluruha­nnya saya berpuas hati dengan persembaha­n pasukan tetapi saya setuju dengan Justin bahawa pasukan ini boleh bermain lebih baik lagi.

“Walaupun tidak kalah tetapi keputusan seri ini sebenarnya kita telah kehilangan dua mata. Saya harap pemain akan lebih berkerja keras dan fokus sepenuhnya dalam latihan dan ikut sepenuhnya tunjuk ajar jurulatih bagi memastikan mereka benarbenar dapat memberikan persembaha­n terbaik mereka pada perlawanan akan datang,” kata Juil.

Sabah: Masran Masri, Sulan Elvis Noh, Dexy Mildy Juanis, Stanley Sulong (O’Neil Shanahan), Hamran Peter, Devid Ansarui, Eddey Ladius (Mohd Jayman Mohd Jaymic), Masmilan Anil Matlan, Fazriel Hanafi Stepanus, Mohd Azmizan Ruslih dan Muhd Zaki Sapri.

 ??  ?? JUSTIN JUIL
JUSTIN JUIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia