Utusan Borneo (Sabah)

Generasi muda yang berpotensi dalam sukan perlu diberi sokongan

-

BEAUFORT: Generasi muda yang berpotensi dalam bidang sukan perlu diberikan sokongan berterusan.

Pengerusi Perkasa Trading Sdn Bhd Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata bakat dan potensi yang dimiliki perlu terus diperkemba­ngkan dan ia memerlukan sokongan daripada semua pihak termasukla­h ibu bapa.

“Atlet sukan negara yang berjaya pada ketika ini adalah mereka yang bakatnya dicungkil menerusi sukan peringkat sekolah,” katanya ketika merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah Beaufort di sini kelmarin.

Beliau berkata kejohanan peringkat sekolah melahirkan ramai atlit sukan yang berpotensi “tetapi ada dalam kalangan mereka tidak mampu dikembangk­an apabila mengakhiri persekolah­an.”

Katanya pelajar yang tidak berpeluang melanjutka­n pelajaran tetapi mempunyai potensi dalam bidang sukan seharusnya terus diberikan sokongan.

Menurutnya sokongan itu perlu bagi memastikan potensi yang mereka miliki tidak terkubur sebaliknya terus berkembang.

Sehubungan dengan itu Isnin berkata adalah amat wajar bagi persatuan sukan untuk menjalinka­n kerjasama dengan pihak sekolah.

Katanya persatuan sukan peringkat daerah perlu mempunyai hubungan baik dengan pihak sekolah bagi memastikan potensi pelajar dalam bidang sukan terus berkembang.

“Saya yakin Beaufort mampu menjadi salah satu daerah di negeri ini yang berupaya melahirkan ramai atlet sukan sama ada pada peringkat negeri, kebangsaan dan antarabang­sa.

“Hubungan antara persatuan sukan dengan pihak sekolah membantu memastikan potensi mereka tidak tenggelam,” katanya lagi.

Menurutnya mana-mana pelajar yang berpotensi dijadikan sebagai ahli persatuan sukan peringkat daerah agar potensi mereka tidak berakhir apabila mereka menamatkan persekolah­an.

Dalam hal ini, katanya, sudah tentu kerjasama antara pihak sekolah dan persatuan sukan peringkat daerah diperlukan.

“Sokongan daripada ibu bapa juga perlu kerana ada persatuan sukan peringkat daerah memerlukan kebenaran daripada ibu bapa,” katanya.

 ??  ?? ISNIN (empat kanan) menerima cendera kenangan daripada penganjur kejohanan selepas diperkenal­kan kepada kontinjen.
ISNIN (empat kanan) menerima cendera kenangan daripada penganjur kejohanan selepas diperkenal­kan kepada kontinjen.
 ??  ?? ISNIN menyampaik­an cenderamat­a kepada ketua kontinjen yang bersaing pada kejohanan tersebut.
ISNIN menyampaik­an cenderamat­a kepada ketua kontinjen yang bersaing pada kejohanan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia