Utusan Borneo (Sabah)

28 rekod baharu dicipta

Kejohanan Balapan Dan Padang MSSD Beaufort

-

BEAUFORT: Sebanyak 28 rekod baharu telah beraya dicatat dalam kejohanan balapan dan padang Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Beaufort yang diadakan baru-baru ini. Kejohanan yang diadakan di Kompleks Sukan Beaufort itu melibatkan 12 buah sekolah menengah dan 5 zon untuk sekolah rendah.

Kategori lelaki 18 TKB mencatat enam rekod baharu iaitu Mohd Rafiq Iman Rikit acara 100m mewakili SMK Beaufort 3 mencatat rekod baharu 11.50s memadamkan rekod lama 11.52s. Acara 200m Mohd Eizwan Taringkin SMK Beaufort II mencatat 23.70s memadamkan rekod lama 23.80s. Bagi acara 400m Abd Ikhsan Abd Gais SMK Beaufort memperbaha­rui rekod acara berkenaan apabila mencatat 55.40s memadamkan rekod lama 56.10s.

Rekod baharu lain kategori lelaki 18 TKB ialah acara lompat Jauh Marcllinus Simon SMK Membakut (6.24m). Sekali lagi Marcllinus cemerlang bagi acara lompat kijang apabila lompatanny­a sejauh 12.26m telah berjaya memperbaha­rui rekod kejohanan. Sementara kuartet 4x400m SMK Beaufort turut memperbaha­rui rekod baharu kejohanan.

Bagi kategori Perempuan 18TKB 4, rekod baharu dicatat sepanjang tiga hari kejohanan berkenaan. Antara atlet yang berjaya ialah Nurul Syafiqah Mohd Azrin acara 100m mewakili SMK Beaufort 2 mencatat rekod baharu 14.20s. Nur Safarinah Masri acara 100m berpagar yang mewakili SMK Weston mencatat rekod baharu 19.80s.

Acara Lompat jauh Nurul Syafiqah sekali lagi cemerlang dengan lompatan 4.56m dan acara 3000m terbuka juga mencatat rekod baharu melalui Ellyzana Donnet mewakili SM St John dengan catatan masa 12:55:20s.

Kategori Perempuan 15 TKB Putri Nur Safirah Gajali memecahkan tiga rekod sekaligus melalui acara 100m (12.60s), 200m (26.90s), dan 400m (66.40s) dan membolehka­nnya dinobatkan sebagai olahragawa­ti kejohanan kategori perempuan 15 TKB.

Nordiana Arsat mewakili SMK Beaufort 2 bagi acara 200m berpagar turut mencatat rekod baharu (36.0s). Norfatheeh­ah Syaheera Junai mewakili SMK Beaufort mencatat rekod baharu bagi acara Lontar peluru (8.41m). Kuartet 4x100 SMK Beaufort turut mencatat rekod baharu (59.70s) dan kuartet 4x400m SMK Beaufort (05:04:1s).

Pencipta rekod baharu lain dari kategori lelaki 15 TKB ialah Akmal Hairudin (SMK Gadong) melalui acara 200m berpagar (30.70s), Mohd Fadziel Abu Bakar acara Lompat Jauh (5.60m), Mohd Shahril Mohd Amir acara Lompat Tinggi (1.69m), Johar Juni acara Merejam Lembing (36.00m), Edison Lai acara Lontar peluru (11.19m) dan kuartet 4x400m SMK Beaufort mencatat rekod baharu dengan catatan 04:00:5s.

Kategori 12 TKB Mohd Ashmawi Moksid mewakili Zon Gadong bagi acara lontar peluru (10.20m), kuartet 4x400m Zon Gadong turut mencatat rekod baharu. Kategori perempuan pua acara lompat tinggi melalui Siti Azwina Karmin (1.19m), lompat jauh melalui Siti Nurfarah Afifah Laiman (3.42m), dan kuartet 4x200m Zon Gadong turut mencatat rekod baharu.

Kejohanan selama tiga hari yang diadakan di Kompleks Sukan Beaufort itu bertujuan memilih wakil daerah ini ke kejohanan zon selatan yang dijangka pada bulan Mac hadapan. Dalam ucapan perasmiann­ya Ketua Umno Bahagian Beaufort Datuk Isnin Hj Aliasnih mengharapk­an agar para atlet boleh bersaing dengan atlet-atlet lain di peringkat yang lebih tinggi.

Sebelum itu dalam ucapan alu-aluannya Pegawai Pendidikan Daerah Beaufort Ahmadseh Hj Ahmad mengucapka­n terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kejohanan berkenaan khususnya para guru serta atlet yang bersaing. “Saya harap sukan ini dapat melahirkan bakat-bakat hebat untuk menghadapi sukan Zon Selatan kelak”, katanya.

Pengarah Kejohanan Haron Ahmed ketika dihubungi mengatakan bahawa “pencapaian para atlet menunjukka­n peningkata­n daripada segi kualiti dan mungkin sebab utamanya ialah program dan latihan yang telah dijalankan oleh para jurulatih di Daerah ini”, katanya. Penolong Kanan KOKUM SM St John Banjamin Hj Atin, yang merupakan pengerusi pengelola kejohanan berkenaan mengucapka­n terima kasih kepada semua yang terlibat dan diharapkan atlet yang terpilih mesti meningkatk­an lagi latihan untuk menghadapi kejohanan di peringkat zon selatan.

Dalam kejohanan berkenaan SMK Beaufort II dinobatkan sebagai juara keseluruha­n dengan catatan 15 emas 8 perak 7 gangsa. Tempat kedua SMK Beaufort 13 emas 7 perak 3 gangsa dan di tempat ketiga SMK Membakut 11 emas 6 perak dan 10 gangsa. Turut hadir dalam majlis perasmian berkenaan ialah para pengetua, guru besar serta para pegawai PPD Beaufort.

 ??  ??
 ??  ?? ISNIN (tengah) bersama PPD dan Pengetua SM St John ketika menyampaik­an hadiah.
ISNIN (tengah) bersama PPD dan Pengetua SM St John ketika menyampaik­an hadiah.
 ??  ?? KUARTET 4x400m SMK Membakut berjaya memperoleh­i pingat emas.
KUARTET 4x400m SMK Membakut berjaya memperoleh­i pingat emas.
 ??  ?? ISNIN sedang menyampaik­an hadiah kepada olahragawa­ti kategori perempuan 15 TKB.
ISNIN sedang menyampaik­an hadiah kepada olahragawa­ti kategori perempuan 15 TKB.
 ??  ?? PERBARISAN Zon Weston juara kategori sekolah rendah.
PERBARISAN Zon Weston juara kategori sekolah rendah.
 ??  ?? PARA Pelepas, Hakim Balapan dan Penjaga Masa.
PARA Pelepas, Hakim Balapan dan Penjaga Masa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia