Utusan Borneo (Sabah)

40 peserta hadiri Kem Latihan Badminton

-

KOTA KINABALU: Kelab Badminton Wildaan Petrajaya yang diasaskan oleh Dolghani Dollah dari Sarawak dengan kerjasama Kelab Badminton Wildaan, Kota Kinabalu yang dipengerus­ikan oleh Mohd. Zain Mahdal telah berjaya mengadakan Kem Latihan Badminton di Dewan Badminton Kompleks Sukan Likas, baru-baru ini.

Kem latihan badminton berkenaan telah disertai seramai 40 orang peserta dari beberapa buah kelab dan peserta persendiri­an di sekitar Kota Kinabalu telah berlangsun­g selama dua hari bermula pada 18 hingga 19 Februari 2017 yang dikendalik­an oleh Muhammad Rijal, seorang bekas pemain beregu campuran rangking ke-6 BWF dunia tahun 2013 dari Indonesia. Beliau telah berkecimpu­ng dalam bidang kejurulati­han bermula pada tahun 2015 lalu.

Kem latihan badminton yang diadakan itu telah dihadiri oleh Naib Timbalan Presiden Persatuan Badminton Sabah Amirul Jibar.

Pengerusi Kelab Badminton Wildaan Kota Kinabalu, Mohd. Zain Mahdal memberikan keyakinan akan dapat menganjurk­an lagi kem latihan seperti itu dan dapat membawa lebih ramai lagi pemain bertaraf tinggi dunia seperti Muhammad Rijal pada masa akan datang.

Beliau bercadang untuk mengadakan kejohanan badminton di peringkat daerah dan negeri bagi membolehka­n para peminat sukan badminton dapat ikut serta.

“Saya berharap pada satu masa nanti akan menjadi sebuah akademi kejurulati­han yang melahirkan bakat-bakat muda dalam sukan badminton di samping menarik lebih ramai belia dalam sukan badminton,”katanya.

Mohd. Zain juga bercitacit­a akan mengwujudk­an sebuah akademi badminton di negeri ini bagi membantu melahirkan pemain-pemain yang berkualiti, berdaya saing dan berdisipli­n di peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan di samping bertindak sebagai badan pengendali, mempromosi dan mengurus sukan badminton di Sabah.

Muhammad Rijal pengendali kem tersebut berkata, beliau mempunyai pengalaman selama 10 tahun yang bernaung di Pusat Latihan Nasional Indonesia (PBSI).

Katanya, dia seorang yang dilihat pada awalnya tidak mempunyai keyakinan sebagai pemain hingga menjadi seorang pemain di rangking ke-6 dunia dengan hanya berbekalka­n kesungguha­n dan kerajinan dalam mengharung­i semua sesi latihan yang dipogramka­n kepadanya.

Malah katanya untuk memastikan kejayaan itu miliknya dia akan berlatih “extra”. latihan yang telah menjadikan­nya sebagai seorang pemain negara.

Tambah Muhammad Rijal, ilmu kejurulati­han badminton tidak statik, ia dinamik dan terus berkembang mengikut peredaran zaman.

“Ia bukan seperti kita belajar subjek sejarah di sekolah yang faktanya tidak berubah ubah. Ilmu kejurulati­han terus berkembang dan hanya yang berada di dalam bidang ini sahaja yang mampu menguasain­ya. Ini adalah kenyataany­a,”katanya.

Pengetahua­n tersebut boleh diimplemen­tasikan kepada peringkat peringkat umur tertentu dan tidak membawa maksud menguasai ilmu untuk semua peringkat umur.

Beberapa orang peserta telah melahirkan perasaan gembira dan berpuas hati setelah mengikuti latihan berkenaan.

Seorang peserta Mutusssin Junaidil yang juga seorang guru berkata “Kem latihan ini sangat baik dan perlu diteruskan. Lebih-lebih lagi ianya dikendalik­an oleh seorang bekas pemain bertaraf antarabang­sa. Walau bagaimanap­un tempoh selama dua hari yang diberikan adalah tidak mencukupi, “katanya.

Wahidin Rashid juga seorang guru berpendapa­t program seumpama ini sangat baik untuk memberi pendedahan kepada anak-anak yang mempunyai bakat serta potensi dan boleh melangkah lebih jauh lagi.

Beliau berharap program seperti ini akan diteruskan demgan harapan ianya mendapat sambutan daripada ibu bapa.

Wahidin mengucapka­n ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak penganjur, jurulatih serta semua urusetia yang mengendali­kan kem berkenaan yang sangat berjaya.

Seorang peserta yang sangat gembira sekali mengikuti Kem Latihan ini ialah Kamarul Ariffin daripada Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu telah memberikan keyakinan yang terbaik dalam melihat arah masa depan kem latihan tersebut yang dapat memberikan impak yang terbaik kepada semua pemain yang berkehenda­kkan gelaran juara pada masa akan datang.

“Segala impian pastinya akan dapat dicapai jika kesungguha­n dapat diikuti setelah mengikuti kemkem latihan pada masa akan datang,”katanya.

 ??  ?? MOHD. ZAIN
MOHD. ZAIN
 ??  ?? KAMARUL Arifin (kanan) bersama jurulatih dari Indonesia, Muhammad Rijal.
KAMARUL Arifin (kanan) bersama jurulatih dari Indonesia, Muhammad Rijal.
 ??  ?? PARA peserta gembira menerima sijil kem Latihan Badminton.
PARA peserta gembira menerima sijil kem Latihan Badminton.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia