Utusan Borneo (Sabah)

Bangun modal insan melalui kegiatan sukan

Melalui kegiatan sukan di sekolah

-

KOTA MARUDU: Kecemerlan­gan akademik dan kokurikulu­m perlu diperkasa terutamany­a diperingka­t sekolah rendah khasnya.

Untuk mencapai kejayaan, kerjasama daripada semua pihak sama ada guru, ibu bapa dan pelajar itu sendiri perlu seiring dalam mencapai kejayaan berkenaan kata Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Marudu, Dato’ Hussein Oyong di Majlis Kejohanan Olahraga Balapan dan Padang Peringkat Majlis Sukan SekolahSek­olah MSSS Zon 2, di Padang SK Taritipan dekat sini baru-baru ini.

Menurutnya lagi, jika kita kaitkan dengan pelaksanaa­n kegiatan sukan sekolah di mana setiap murid yang mengambil bahagian nyatalah bahawa membangunk­an modal insan melalui kegiatan sukan dapat direalisas­ikan kerana melalui kegiatan bersukan para peserta/ murid perlu menjalani pelbagai latihan mungkin bukan intensif tetapi melibatkan latihan fizikal dan latihan persiapan mental dan spiritual.

Katanya lagi, melalui latihan persiapan mental dan spiritual para peserta dilatih agar mempunyai daya saing dan semangat yang tinggi dengan keadaan kesihatan yang baik seperti perjalanan darah yang teratur, otak minda sentiasa cergas yang menjadikan sesaorang itu mudah memahami ilmu pengetahua­n yang berkembang dari semasa kesemasa.

Tambahnya, dalam konteks memperkasa sekolah kebangsaan, para pelajar yang memiliki minda kelas pertama yang didorong antara lain melalui sukan akan menjadi faktor penyumbang kepada kecemerlan­gan sekolah.

Terdahulu, Guru Besar SK Taritipan yang juga Pengerusi Penganjur MSS Zon 2 tahun 2017, Cikgu Asirul Haji Hama antara lain berkata, bidang sukan merupakan satu platform terbaik untuk melahirkan murid yang cergas fizikal dan mental disamping dapat meneruskan latihan yang konsisten dan seimbang dari pelbagai aspek merangkumi minda, fizikal, otot, saraf dan emosi.

Tambahnya, sukan juga mampu membentuk seseorang murid cergas dan patuh dengan peraturan dan secara tidak langsung membentuk murid berhemah, bertanggun­gjawab, berdisipli­n, mempunyai jati diri yang kental serta mempunyai daya kepimpinan dan dasar 1 murid 1 sukan merupakan satu langkah yang tepat untuk mencapai matlamat tersebut.

Keputusan kejohanan balapan dan padang kali ini menyaksika­n SK. Tandek muncul juara dengan merangkul 5 pingat emas, 4 perak dan 3 gangsa. Menduduki tempat kedua adalah SK. Tumunda Salimandut dengan kutipan 5 emas, 3 perak dan 1 gangsa di tempat yang ketiga jatuh kepada SK. Taritipan dengan kejayaan mengutip 3 emas, 2 perak dan 3 gansa. Di tangga keempat SK Samparita mengutip 2 emas, 1 perak dan 5 gangsa. SK. Tanjung Batu mampu mengutip 1 emas, 4 perak dan 3 gangsa. SK. Masalog mengutip 2 perak 2 gangsa dan SK. Koromoko hanya mampu 1 gangsa sahaja.

Mohd. Syafik Syafyzan Mohd. Hanafi dari SK. Taritipan dinobatkan sebagai olahragawa­n MSS Zon 2 dua tahun berturuttu­rut (2016/2017) manakala Elly Elvera Evonne Fredly dari SK. Tumunda Salimandut sebagai olahragawa­ti 2017.

MSS Zon 2 dianggotai oleh SK Taritipan, SK. Tanjung Batu, SK. Koromoko, SK Tumunda Salimandut, SK. Maslog, SK. Samparita dan SK. Tandek.

Hadir sama, Penolong Kanan Pentadbira­n SK Taritipan Lee Tong Kip, Penolong Kanan Kokurikulu­m SK Taritipan Puan Rosmah Ismail, Yang Di Pertua SK Taritipan, Abdul Jalil Madarin, warga kerja penganjura­n MSSS Zon 2, SK Taritipan.

Jika kita kaitkan dengan pelaksanaa­n kegiatan sukan sekolah di mana setiap murid yang mengambil bahagian nyatalah bahawa membangunk­an modal insan melalui kegiatan sukan dapat direalisas­ikan kerana melalui kegiatan bersukan para peserta/murid perlu menjalani pelbagai latihan mungkin bukan intensif tetapi melibatkan latihan fizikal dan latihan persiapan mental dan spiritual.

DATO’ HUSSEIN OYONG

Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Marudu

 ??  ?? HUSSEIN dan yang lain merakamkan gambar kenangan bersama pasukan tuan rumah SK Taritipan.
HUSSEIN dan yang lain merakamkan gambar kenangan bersama pasukan tuan rumah SK Taritipan.
 ??  ?? ASIRUL menyampaik­an hadiah beruapa piala dan sijil kepada para pemenang kontijen terbaik MSSS Zon 2 2017.
ASIRUL menyampaik­an hadiah beruapa piala dan sijil kepada para pemenang kontijen terbaik MSSS Zon 2 2017.
 ??  ?? DARI kanan. Asirul dan Hussein dari kiri. Ali Hassan dan Jubili merakamkan gambar kenangan bersama Olahragawa­n dan Olahragawa­ti 2017.
DARI kanan. Asirul dan Hussein dari kiri. Ali Hassan dan Jubili merakamkan gambar kenangan bersama Olahragawa­n dan Olahragawa­ti 2017.
 ??  ?? DISAKSIKAN oleh Asirul, Hussein menyalakan obor yang dibawa oleh Mohd. Syafik Syafyzan Mohd. Hadi Hanafi.
DISAKSIKAN oleh Asirul, Hussein menyalakan obor yang dibawa oleh Mohd. Syafik Syafyzan Mohd. Hadi Hanafi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia