Utusan Borneo (Sabah)

‘Bekerjasam­a sebagai sebuah pasukan’

Saranan Azizah kepada semua Ahli Majlis Daerah Beaufort

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

Kita tidak boleh bergerak secara sendirian. Diharap melalui kolaborasi ini, kita dapat meningkatk­an lagi sistem penyampaia­n kerajaan kepada rakyat seterusnya memberi impak positif kepada prestasi Majlis Daerah termasuk jabatan dan agensi kerajaan lain.

DATUK AZIZAH MOHD DUN

Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat

BEAUFORT: Ahli Majlis Dearah Beaufort serta Pengurusan Majlis Daerah digesa bekerjasam­a sebagai sebuah pasukan bagi mendepani sebarang cabaran dan tuntutan masyarakat setempat.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata kerjasama Majlis Daerah dengan jabatan serta agensi kerajaan lainnya juga penting kerana ia secara tidak langsung memberi kesan baik dari segi penyampaia­n perkhidmat­an kepada rakyat.

“Kita tidak boleh bergerak secara sendirian. Diharap melalui kolaborasi ini, kita dapat meningkatk­an lagi sistem penyampaia­n kerajaan kepada rakyat seterusnya memberi impak positif kepada prestasi Majlis Daerah termasuk jabatan dan agensi kerajaan lain.

“Selain itu, Ahli Majlis Daerah juga harus bekerja secara profesiona­l bagi memberi khidmat terbaik yang diperlukan oleh pembayar cukai serta mewujudkan suasana perniagaan yang baik dan kondusif dalam kawasan perkadaran mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Angkat Sumpah Ahli-ahli Majlis Daerah Beaufort sesi 2017/2018, di sini, kelmarin.

Hadir sama pada majlis itu, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Arifin Arif, Pembantu Menteri Pelanconga­n Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Kamarlin Ombi dan Ketua Bahagian Umno Beaufort Datuk Isnin Aliasneh.

Dalam pada itu, Azizah yang juga Ahli Parlimen Beaufort turut menyeru Ahli Majlis Daerah untuk kerap turun padang bagi mendekatka­n diri dengan masyarakat dan pembayar cukai untuk mengetahui serta memahami sebarang masalah, keperluan dan kehendak pembayar cukai serta masyarakat setempat.

Di samping itu, Majlis Daerah Beaufort juga perlu memberi fokus kepada kebersihan, kecantikan dan keindahan di setiap kawasan perkadaran mereka terutama kawasan yang sering menjadi tumpuan para pelancong.

“Serikanlah pekan kita yang tercinta ini dengan bunga-bunga yang indah, lampu-lampu yang sesuai serta dan berada dalam keadaan bersih.

“Saya percaya dengan adanya komitmen penuh dan kerjasama ahli majlis dan pihak pengurusan Majlis Daerah Beaufort, matlamat kerajaan untuk memberikan perkhidmat­an terbaik kepada rakyat selaras dengan slogan ‘Rakyat didahuluka­n, Pencapaian Diutamakan’ mampu mencapai matlamatny­a.

 ??  ?? AZIZAH (duduk, tengah) bersama tetamu kehormat yang lain bergambar kenangan dengan sebahagian ahli Majlis Daerah Beaufort yang dilantik pada majlis itu.
AZIZAH (duduk, tengah) bersama tetamu kehormat yang lain bergambar kenangan dengan sebahagian ahli Majlis Daerah Beaufort yang dilantik pada majlis itu.
 ??  ?? AZIZAH (tiga kanan) menyampaik­an surat lantikan kepada salah seorang ahli majlis daerah yang dilantik.
AZIZAH (tiga kanan) menyampaik­an surat lantikan kepada salah seorang ahli majlis daerah yang dilantik.
 ??  ?? SEBAHAGIAN ahli Majlis Daerah Beaufort yang hadir pada majlis itu.
SEBAHAGIAN ahli Majlis Daerah Beaufort yang hadir pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia