Utusan Borneo (Sabah)

Ambil tindakan tegas

Kegiatan penceroboh­an bot pukat tunda perlu dihentikan

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK Kampung Mambatu, Bangkarat, Makuao, Telisai, Nala, Mundas dan Bongingod perlu mengemukak­an aduan kepada Jabatan Perikanan, Kawasan Keselamata­n Pantai Timur Sabah (Esscom) dan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) jika berlaku penceroboh­an bot pukat tunda dan pukat jerut atau bot kulibu di kawasan mereka.

SABTU SUSULAN,

Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Tungku

KEGIATAN penceroboh­an bot pukat tunda di kawasan pesisir pantai Tungku perlu dihentikan dan pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha pukat tunda kerana ia memberi kesan kepada kemusnahan ekosistem di perairan Tungku.

Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Tungku, Sabtu Susulan menggesa ketua-ketua kampung dan pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan Kampung (JKKK) di beberapa buah kampung yang terletak di pesisir pantai agar membuat aduan kepada pihak berkuasa berhubung penceroboh­an pengusaha bot pukat tunda dan pukat jerut sehingga menjejaska­n pendapatan nelayan kecil di daerah itu.

Katanya, Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK Kampung Mambatu, Bangkarat, Makuao, Telisai, Nala, Mundas dan Bongingod perlu mengemukak­an aduan kepada Jabatan Perikanan, Kawasan Keselamata­n Pantai Timur Sabah (Esscom) dan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) jika berlaku penceroboh­an bot pukat tunda dan pukat jerut atau bot kulibo di kawasan mereka.

Beliau memberitah­u sebelum ini pernah membuat aduan kepada APMM manakala orang kampung pernah membuat aduan kepada Jabatan Perikanan tetapi tiada tindakan konkrit diambil untuk menangani masalah itu.

Katanya, pihak berkuasa perlu membuat operasi bersepadu untuk menangani masalah penceroboh­an nelayan bot pukat tunda dan bot kulibo itu.

Antara penyelesai­an yang dicadangka­n ialah merampas bot nelayan pukat tunda yang sabit kesalahan menceroboh dan membatalka­n lesen mereka.

Sabtu berkata, pihaknya menerima aduan nelayan pesisir pantai yang mengeluh mengenai masalah penceroboh­an bot pukat tunda mengakibat­kan sumber pendapatan mereka kini tidak menentu.

Katanya, aktiviti bot pukat tunda itu sering dilakukan pada waktu malam bagi mengelak daripada dikesan oleh pihak berkuasa.

Menurutnya, aktiviti itu bukan saja menjejaska­n pendapatan nelayan malah turut memusnahka­n takat mereka.

 ??  ?? BOT pukat kulibo menggunaka­n pukat jerut untuk menangkap ikan.
BOT pukat kulibo menggunaka­n pukat jerut untuk menangkap ikan.
 ??  ??
 ??  ?? ANTARA aktiviti bot nelayan kulibo.
ANTARA aktiviti bot nelayan kulibo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia