Utusan Borneo (Sabah)

Hargai bakti pesara pendidikan

Majlis makan malam 5P Malaysia cawangan Sabah

- Oleh JAINUDIN NASIR

MAJLIS Makan Malam Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmat­an Pendidikan (5P) Malaysia Cawangan Negeri Sabah Sabah bersama Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun telah diadakan di Ranau, baru-baru ini.

Walaupun dijalankan tanpa kehadiran Masidi yang juga Exco Pendidikan Negeri, yang diwakili Setiausaha Politik Datuk Amisah Yassin yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Ranau, namun majlis tetap berjalan lancar dan meriah.

Ia dilihat berupaya memupuk perpaduan dan permuafaka­tan dalam kalangan ahli persatuan ke arah memperkasa­kan kecemerlan­gan pendidikan di negara ini khususnya di Sabah.

Masidi dalam teks ucapan perasmiann­ya yang telah disampaika­n Amisah, memuji Jawatankua­sa 5P Malaysia Cawangan Sabah dan 5P Malaysia Cawangan Ranau kerana berjaya menganjurk­an majlis itu dengan jayanya dan turut dihadiri ramai pesara.

Beliau berharap peranan dan tanggungja­wab 5P dalam usaha memperkasa­kan kecemerlan­gan pendidikan di negeri Sabah akan berterusan meskipun sudah bersara.

“Kita masih memerlukan sokongan serta kerjasama bersepadu para pesara untuk merealisai­kan impian kita bagi meletakkan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) pada tahap yang terbaik,” katanya.

Beliau yang juga Adun Karanaan berkata walaupan para ahli 5P itu bergelar pesara namun perkhidmat­an mereka dalam pendidikan tidak terhenti, malah masih berterusan kerana mereka berkemampu­an serta diperlukan untuk mengemudi peranan masingmasi­ng menerusi 5P.

“Saya bersedia memberi sokongan dan kerjasama padu kepada pelaksanaa­n program-program yang telah dirancang untuk dilaksanak­an sama ada oleh Jawatankua­sa 5P Negeri Sabah atau 5P Daerah Ranau serta daerah lain demi kebaikan persatuan dan warga 5P seluruhnya,” katanya.

Pada majlis itu, Jawatankua­sa 5P Negeri Sabah telah menyampaik­an pelantikan kepada Masidi sebagai penaung 5P Malaysia Cawangan Sabah. Watikah pelantikan­nya diserahkan kepada Amisah sebagai mewakili Masidi disampaika­n Yang Dipertua 5P Sabah Datuk Haji Zulkifli Haji Zaafar.

Turut menerima watikah pelantikan ialah Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Hajah Maimunah Haji Suhaibul sebagai penasihat, Pengerusi 5P Malaysia cawangan Ranau Erwan Gunda Datuk Haji Zulkifli, Datuk Awang Mohdzar Abdul Samad (Timbalan YDP), Dr Dayu Sansalu (Naib YDP 1), Datin Hajah Dayang Pungut Abdul Jalil (Naib YDP 2), Haji Mohd Zajih Haji Ednin (Setiausaha), Mudin Madin (Penolong Setiausaha 1), Hajah Rashidah Hj Osman (Penolong Setiausaha 2) dan Haji Digong Haji Abd Rashid (Bendahari).

Tujuh Ahli Jawatankua­sa Tertinggi ialah Haji Hussein Ahmad Bee, Haji Mohd Taib Ahmit, Veonica Chin, Haji Zainal Abidin Laja, Ajamain Mohd Yusof, Yazid Mohd Hasnan Tawik @Charles dan Azman @Yatau Ubin, selain dua juruaudit iaitu Hajah Mariam Md Yusoff dan Haji Rahim Razali.

Tiga lagi penerima watikah pelantikan ialah Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Siringan Gubat (Penaung 5P Malaysia Cawangan Ranau), Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Ranau Siti Hamni (Penasihat 1) dan Haji Madi Yaakub (Penasihat 2).

Kita masih memerlukan sokongan serta kerjasama bersepadu para pesara untuk merealisai­kan impian kita bagi meletakkan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) pada tahap yang terbaik.

DATUK AMISAH YASSIN

Ketua Wanita Umno Bahagian Ranau

 ??  ??
 ??  ?? PENGERUSI Persatuan Pengetua Daerah Ranau yang juga Pengetua SMK Bundu Tuhan Sabin Sinusun menerima Buku Pendidikan daripada 5PM disampaika­n Amisah.
PENGERUSI Persatuan Pengetua Daerah Ranau yang juga Pengetua SMK Bundu Tuhan Sabin Sinusun menerima Buku Pendidikan daripada 5PM disampaika­n Amisah.
 ??  ?? ERWAN (kanan) menerima watikah pelantikan disampaika­n Amisah.
ERWAN (kanan) menerima watikah pelantikan disampaika­n Amisah.
 ??  ?? SEBAHAGIAN pesara pendidikan Sabah yang hadir.
SEBAHAGIAN pesara pendidikan Sabah yang hadir.
 ??  ?? ANTARA artis yang menghiburk­an para ahli 5PM.
ANTARA artis yang menghiburk­an para ahli 5PM.
 ??  ?? ANTARA Guru Besar daerah Ranau yang hadir.
ANTARA Guru Besar daerah Ranau yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia