Utusan Borneo (Sabah)

Sandakan ungguli Anugerah Tokoh Nilam

Pemilihan Tokoh Nilam Zon Timur berjaya lahirkan pelajar yang berkualiti dan berketramp­ilan

-

SERAMAI 28 pelajar dari daerah Sandakan, Telupid, Beluran dan Kinabatang­an beserta 20 guru pengiring berkampung di SMK Agama Tun Juhar untuk menyertai pemilihan Tokoh Nilam Zon Timur.

Menurut penyelaras program berkenaan Halimah Othman yang juga Pegawai Teknologi Pendidikan di Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian (PTPB) Sandakan, pemilihan Tokoh Nilam itu bertujuan memberi pengiktira­fan kepada pelajar yang berjaya melaksana Program Nilam di sekolah dengan jayanya mengikut kriteria yang ditetapkan.

“Bakat dan ketrampila­n seseorang pelajar itu dilihat dalam aktiviti membaca dan seterusnya melahirkan pelajar yang mempunyai ketokohan dalam kepimpinan serta ciri-ciri pembaca yang berkualiti,” katanya.

Katanya untuk pemilihan Tokoh Nilam, terdapat beberapa kategori dipertandi­ngkan yang melibatkan kategori dalam Bahasa Malaysia sekolah rendah dan menengah untuk sekolah bandar serta sekolah luar bandar dan juga kategori Bahasa Inggeris sekolah rendah dan menengah untuk sekolah bandar serta sekolah luar bandar.

“Setiap daerah dalam Zon Timur iaitu Telupid, Kinabatang­an, Beluran dan Sandakan menghantar peserta bagi kesemua kategori yang dipertandi­ngkan dan dua peserta dari sekolah rendah dan menengah akan dinobatkan sebagai Tokoh Nilam Zon Timur,” katanya.

Sementara itu, salah seorang peserta pemilihan itu, Csystal Adrienne Cham yang bersekolah di SMK Telupid berkata pemilihan Tokoh Nilam dapat membantuny­a menambah keyakinan dirinya untuk berkomunik­asi dengan lebih baik di hadapan orang ramai.

Dia yang juga mengikuti pemilihan Tokoh Nilam kategori Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Luar Bandar sangat teruja untuk bertemu dengan pesaing lain dalam kategori itu kerana ia dapat membantuny­a berfikir dengan pantas bagi mendapatka­n maklumat penting bagi setiap soalan yang dikemukaka­n dalam pemilihan itu.

“Setiap soalan yang diberikan merupakan satu cabaran untuk saya memberi jawapan yang menepati kehendak penilai kerana ia dapat menguji sejauh mana kefahaman saya mengenai sesuatu topik yang diutarakan kepada saya oleh para penilai,” katanya.

Pemilihan Tokoh Nilam Zon Timur itu dihakimi oleh beberapa hakim yang terdiri pegawai pendidikan daerah, guru pakar, pegawai perpustaka­an dan pensyarah dari institut pengajian awam yang ada di Sandakan.

Bagi ketua jemaah hakim Ali Rahman Asrhad yang juga Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan merangkap Ketua Unit Bahasa Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan berkata pemilihan Tokoh Nilam dinilai merangkumi lima aspek utama.

“Lima aspek utama yang akan dinilai oleh barisan hakim ialah kemahiran membaca, pengetahua­n, kebestaria­n, penghayata­n dan aspirasi pembacaan serta yang terakhir aspek penulisan iaitu kemahiran memberikan ulasan serta pendapat,” jelasnya.

Katanya, kesemua lima aspek itu akan dinilai melalui tiga stesen penilaian iaitu melalui penilaian penulisan karangan, penilaian lisan individu dan stesen terakhir penilaian lisan berkumpula­n.

Keputusan pemilihan Tokoh Nilam Zon Timur menyaksika­n johan bagi kategori Bahasa Malaysia sekolah rendah bandar ia dimenangi oleh Mohd Irfan Firdaus Ariffin dari SK Muhibbah Sandakan. Tempat kedua disandang oleh Nurul Aqiqah Badrishah Noriman dari SK St Monica Sandakan dan Muhammad Irsyad Hafiy Abd.Rahim dari SK Taman Rimba Sandakan mendapat tempat ketiga.

Kategori Bahasa Malaysia sekolah rendah luar bandar pula peserta dari SK Seri Pagi Nurul Azraa Muhlis berjaya mendapat johan bagi kategori itu. Naib johan pula disandang oleh Farah Udaimatunn­ur Fred dari SK Sandau Kinabatang­an dan ketiga dimenangi oleh Sofie Yuliati Mohd Efran dari SK Pekan Telupid.

Kategori Bahasa Malaysia sekolah menengah bandar pula ia dimenangi oleh Nursalinah Zazali dari SMK Perempuan Sandakan. Tempat kedua dimenangi oleh Anis Nabila Roslan dari SMK Muhibah Sandakan dan wakil dari SM St Micheal Sandakan Nadrahtul Aqilah Mohd Yahaya mendapat tempat ketiga.

Kategori Bahasa Malaysia sekolah menengah luar bandar pula, johan disandang oleh Amanda Layla Najwa Idris dari SMK Bukit Garam Kinabatang­an. Naib johan dimenangi oleh Felixter Felix dari SMK Entilibon Telupid dan tempat ketiga disandang oleh Nor Laila Sari Salion dari SMK Simpangan Beluran.

Untuk kategori Bahasa Inggeris sekolah rendah bandar, pemenangny­a ialah Ryan Chen Yi Hung dari SJKC Chi Hwa Sandakan, naib johan disandang oleh Ahmad Syakir Yasir Syam dari SK Taman Rimba Sandakan dan tempat ketiga disandang oleh Muhammad Taufiq Hidayah Rasid dari SK St Mary Bandar Sandakan.

Kategori Bahasa Inggeris sekolah rendah luar bandar, johan disandang oleh Destiny N.S Galawis dari SK Pekan Beluran, naib johan Marylyne Alfred dari SK Pekan Telupid dan Ameerza Hamzi dari SK Kota Kinabatang­an tempat ketiga.

Bagi kategori Bahasa Inggeris sekolah menengah bandar pula, johan disandang oleh Vanissa Avilla Saimon dari SMK St Micheal Sandakan, tempat kedua Nabiha Insyirah Ilham dari SMK Elopura 2 Sandakan dan ketiga Norsyana Tasnim Nor Aslam Mano mewakili SMK Muhibbah Sandakan.

Kategori Bahasa Inggeris sekolah menengah luar bandar pula dimenangi oleh Csystal Adrienne Cham dari SMK Telupid, naib johan Amanda Christy Hanis dari SMK Beluran 2 dan ketiga Angeleyna Ali dari SMK Bukit Garam Kinabatang­an.

Turut dipertandi­ngkan ialah kategori Bahasa Melayu Sekolah Rendah Pedalaman Tiga. Wakil dari SK Kironggu Telupid Nataliah Jowin Rodjo mengunggul­i kategori itu. SK Kironggu merupakan sekolah pedalaman yang mempunyai tahap kesukaran kategori pedalaman tiga.

Secara keseluruha­nnya, Tokoh Nilam Zon Timur diberikan kepada Ryan Chen Yi Hung dari SJKC Chi Hwa Sandakan bagi Tokoh Nilam Sekolah Rendah dan Vanissa Avilla Saimon dari SMK St Micheal Sandakan mengunggul­inya untuk sekolah menengah.

Mengulas keseluruha­n prestasi peserta Tokoh Nilam kali ini, Ketua Jemaah Hakim Ali Rahman Asrhad berkata para peserta Tokoh Nilam pada tahun ini berjaya menunjukka­n prestasi yang baik terutama dari aspek ketrampila­n insan sama ada secara individu atau berkumpula­n.

Ali Rahman berkata ada peserta menunjukka­n ciriciri penggunaan bahasa yang cemerlang dengan hujah yang bernas serta mampu menonjolka­n kreativiti dalam persembaha­n secara individu mahupun berkumpula­n.

“Peserta secara keseluruha­n boleh memberikan hujah yang baik dengan didukung penguasaan kosa kata yang mantap, bahasa yang jelas dan isi penyampaia­n yang menepati kehendak penilaian,” katanya.

Para peserta dan pemenang untuk pemilihan Tokoh Nilam kali ini diraikan dalam satu majlis gilang gemilang di Dewan SMK Agama Tun Juhar, Sandakan. Majlis itu dirasmikan oleh Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin.

Turut hadir di majlis itu ialah Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah Junaidi Adam, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan Ramlan Jagah, Pegawai SISC+ Pejabat Pendidikan Daerah Telupid Simon Ronald Kolop dan Pengetua SMK Agama Tun Juhar Roslan Diming.

Selain pemilihan Tokoh Nilam, para peserta juga mengikuti beberapa program sampingan selepas pemilihan itu. Program lawatan ke Rumah Agnes Keith Sandakan dan program bersama Perpustaka­an Cawangan Sandakan turut memberi pengalaman berharga kepada kesemua peserta yang mengikuti program berkenaan.

Mengulas mengenai program lawatan berkenaan Reynold Jisli yang juga Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru daerah Telupid berkata para peserta berjaya memperoleh pengalaman baharu terutama mengenai sejarah tempatan yang terdapat di daerah Sandakan.

“Banyak pembelajar­an dapat diperoleh dari program lawatan yang dibuat di Rumah Agnes Keith serta Perpustaka­an Cawangan Sandakan ini kerana ia membawa para peserta kepada sejarah penulisan buku ‘Sabah Negeri Di Bawah Bayu’ dan ia berkait rapat dengan pembacaan buku dalam program Nilam yang dijalankan di sekolah,” katanya.

Bakat dan ketrampila­n seseorang pelajar itu dilihat dalam aktiviti membaca dan seterusnya melahirkan pelajar yang mempunyai ketokohan dalam kepimpinan serta ciri-ciri pembaca yang berkualiti.

HALIMAH OTHMAN

Penyelaras Program/Pegawai Teknologi Pendidikan di Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian Sandakan

 ??  ?? KONTINJEN Tokoh Nilam bagi daerah Sandakan.
KONTINJEN Tokoh Nilam bagi daerah Sandakan.
 ??  ?? DESTINY dari SK Pekan Beluran menerima sijil dan hadiah daripada Linda sambil ditemani oleh Junaidi dan Junggal.
DESTINY dari SK Pekan Beluran menerima sijil dan hadiah daripada Linda sambil ditemani oleh Junaidi dan Junggal.
 ??  ?? CSYSTAL Adrienne dari SMK Telupid (gambar kiri) dan AMANDA Layla Najwa dari SMK Bukit Garam Kinabatang­an (gambar kanan) menerima hadiah dan sijil daripada Linda.
CSYSTAL Adrienne dari SMK Telupid (gambar kiri) dan AMANDA Layla Najwa dari SMK Bukit Garam Kinabatang­an (gambar kanan) menerima hadiah dan sijil daripada Linda.
 ??  ?? PENILAIAN bertulis yang perlu dilalui oleh peserta Tokoh Nilam.
PENILAIAN bertulis yang perlu dilalui oleh peserta Tokoh Nilam.
 ??  ?? PENILAIAN lisan berkumpula­n dapat menguji peserta untuk berbincang dan memberikan pendapat dalam satu isu bersama ahli lain dalam kumpulan.
PENILAIAN lisan berkumpula­n dapat menguji peserta untuk berbincang dan memberikan pendapat dalam satu isu bersama ahli lain dalam kumpulan.
 ??  ?? HALIMAH (tengah) dan Ali Rahman (tiga kiri) bersama jemaah hakim pemilihan Tokoh Nilam.
HALIMAH (tengah) dan Ali Rahman (tiga kiri) bersama jemaah hakim pemilihan Tokoh Nilam.
 ??  ?? TOKOH Nilam Zon Timur Ryan Chen Yi Hung (tiga kiri) dari SJKC Chi Hwa Sandakan dan Vanissa Avilla Saimon (empat kiri) dari SMK St Micheal Sandakan bersama pengetua dan guru besar sekolah mereka.
TOKOH Nilam Zon Timur Ryan Chen Yi Hung (tiga kiri) dari SJKC Chi Hwa Sandakan dan Vanissa Avilla Saimon (empat kiri) dari SMK St Micheal Sandakan bersama pengetua dan guru besar sekolah mereka.
 ??  ??
 ??  ?? REYNOLD JISL
REYNOLD JISL
 ??  ?? ALI RAHMAN ARSAD
ALI RAHMAN ARSAD
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia