Utusan Borneo (Sabah)

Upko Penampang buat laporan polis

Berhubung fitnah dilemparka­n seorang wakil rakyat konon parti itu anti-Suluk

- Oleh YAP SIONG HAN

PENAMPANG: Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandus­un Murut Bersatu (Upko) Penampang akan membuat satu laporan polis terhadap fitnah dilakukan oleh salah seorang wakil rakyat di Penampang yang mengatakan parti itu sebagai anti-Suluk.

Setiausaha Agung Upko Datuk Donald Peter Mojuntin berkata kenyataan oleh individu terbabit sangat berbahaya kerana menyentuh sentimen perkauman dan sengaja menghasut satu kaum untuk membenci kaum yang lain.

“Beliau tidak bertanggun­gjawab ketika membuat kenyataan ini...beliau memfitnah mengatakan Upko sebagai parti ‘racist’.

“Kita dalam Upko tidak pernah memburukbu­rukkan seseorang individu dan tidak pernah menyentuh mengenai perkauman.

“Kita di Penampang terdiri daripada pelbagai kaum dan sering duduk semeja...kita di sini adalah masyarakat contoh 1Malaysia,” katanya ketika merasmikan majlis Malam Tahun Baharu Cina 2017 anjuran bersama Upko dan MCA Penampang, di sini, malam Rabu lalu.

Beliauberk­ataUpkoseb­agai sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) berjuang untuk kepentinga­n rakyat yang berbilang kaum di sini dan bukan melagalaga­kan.

Donald yang juga pengerusi BN Penampang berkata pembangkan­g di Sabah perlu bersikap bertanggun­gjawab dan tidak sesekali membawa sentimen perkauman di negeri ini.

“Jangan kerana politik anda merosakkan masa depan anak-anak kita di Sabah, kita tinggal di Sabah terdiri daripada berbilang kaum... jangan sesekali membawa sentimen perkauman yang akan merosakkan kesatuan rakyat Sabah,” katanya.

Beliau berkata walaupun Penampang kini dimiliki pembangkan­g tetapi BN tidak pernah berhenti untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Ketua MCA Penampang Datuk Francis Goh sebagai contoh, selama ini beliau telah membelanja­kan jutaan ringgit untuk membantu masyarakat di Kepayan.

“Betul kita kalah pada pilihan raya umum (PRU) lalu tetapi kita tetap bekerja dan akan rampas kembali semua kerusi di sini,” katanya.

Menurutnya walaupun pentadbira­n negara ini tidak sempurna tetapi Malaysia bukan seperti negara di Timur Tengah.

“Negara kita masih stabil sehingga hari ini. Adakah ekonomi kita merosot sehingga rakyat kita tidak cukup makan seperti negara lain di dunia?

“Maka, kita perlu bertanya siapakah yang layak mentadbir negara ini...rakyat perlu ingat bahawa apa juga keputusan yang diambil akan menentukan nasib anak dan negara kita di masa hadapan,” katanya.

“Beliau

tidak bertanggun­gjawab ketika membuat kenyataan ini...beliau memfitnah mengatakan Upko sebagai parti ‘racist’. Kita dalam Upko tidak pernah memburukbu­rukkan seseorang individu dan tidak pernah menyentuh mengenai perkauman.

DATUK DONALD PETER MOJUNTIN

Setiausaha Agung Upko

 ??  ?? DONALD (tiga kiri) dan Francis (lima kiri) merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian tetamu yang hadir.
DONALD (tiga kiri) dan Francis (lima kiri) merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian tetamu yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia