Utusan Borneo (Sabah)

Pembinaan telaga tiub Kg Taburan dialu-alukan

-

KOTA BELUD: Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Musbah Haji Jamli mengalu-alukan pembinaan telaga tiub di Kampung Tabuan, di sini.

Beliau berkata Kampung Taburan yang terletak 35 kilometer dari Pekan Kota Belud kini mendapat manfaat daripada pembinaan telaga tiub itu.

“Sebagai wakil rakyat di kawasan ini, saya sangat mengalu-alukan pembinaan telaga tiub sebagai satu usaha yang mampu mempelbaga­ikan sumbar bekalan air kepada penduduk kampung.

“Syabas dan tahniah kepada Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam (Masti) dengan kerjasama Persatuan Pegawai dan Pengurusan Profesiona­l Universiti Malaysia Sabah (PPUMS),” katanya ketika merasmikan telaga tiub Kampung Taburan, Sabtu lepas.

Musbah yang juga Adun Tempasuk berkata program CSR seumpama itu perlu diteruskan pada masa-masa akan datang kerana ia mampu memberi impak tinggi kepada masyarakat khususnya di kawasan luar bandar.

Beliau juga berharap penduduk kampung dapat memanfaatk­an serta menjaga sebaik mungkin kemudahan telaga tiub yang diberi secara percuma itu kepada mereka

Difahamkan, telaga air yang telah siap sepenuhnya pada 10 Mac lepas itu mampu menyalurka­n bekalan air walaupun ketika musim kemarau yang berlarutan sehingga berbulanbu­lan.

 ??  ?? MUSBAH menekankan punat telaga tiub untuk menghisapk­an air dari kedalaman 60 kaki ke dalam tangki.
MUSBAH menekankan punat telaga tiub untuk menghisapk­an air dari kedalaman 60 kaki ke dalam tangki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia