Utusan Borneo (Sabah)

10 pemimpin Perwila terima penghargaa­n

-

LABUAN: Seramai 10 pemimpin Persatuan Penulis Wilayah Persekutua­n Labuan (Perwila) telah menerima penghargaa­n Hadiah Kepimpinan dan Jasa Dikenang sempena penganjura­n Hari Sastera Ke-17 di Wilayah Persekutua­n Labuan pada 17 hingga 19 Mac.

Mereka ialah pengasas dan Ketua 1 Perwila yang pertama iaitu Allahyarha­m Datuk Seri Panglima Haji Mohamed Omar Bledram yang memegang jawatan itu dari 1985 hingga 1995.

Selain itu, mantan Ketua 1 Perwila dari tahun 1996 hingga 2004/2007, Dr Harun Pudin, mantan Ketua 1 Perwila Awangku Ali Pg Jumaat (2005-2006) dan pengasas yang juga Ketua 1 Perwila (2015 hingga sekarang) Haji Othman Mahali. Beliau pernah menyandang jawatan setiausaha dan bendahari persatuan itu sebelum ini.

Turut menerima anugerah itu ialah seorang lagi pengasas Perwila, Ahmad Badri Mardi dan menjadi Ketua 2 Perwila (1985-1988) dan Ketua 2 Perwila, Sahar Misron (2005sekara­ng).

Empat lagi penerima ialah pengasas dan Setiausaha Perwila (1993-2002) Abd Rahman Daud, pengasas dan Penolong Setiausaha Ismail Gustim (1985-2012), pengasas dan AJK Perwila Hajah Hasnah Sambas (1985–sekarang) dan seorang lagi AJK Perwila Haji Abd Rahman Haji Lamudin (1991 hingga kini).

Majlis penyampaia­n anugerah dan penghargaa­n itu disampaika­n oleh Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli pada majlis perasmian Hari Sastera Ke-17 di Hotel Lazenda, malam Sabtu lalu.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Negara Senator Datuk Haji Yunus Haji Kurus, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Haji Mohd Arifin Mohd Arif, Ketua Satu Gapena Datuk Zainal Abidin Borhan dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Azhar Ahmad.

Hadir sama, Pengarah Bahagian Pengembang­an Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka Hajah Padilah Haji MohdAli,KetuaYayas­anSagang Pekanbaru, Riau/Ketua Dewan Kesenian Riau Kazzaini Ks, Presiden Bahasa/Jawatankua­sa Kerja Gapena Jasni Matlani dan Pengarah Jabatan Pelanconga­n Perbadanan Labuan Mahatir Abd Hamid.

Hari Sastera ke-17 (2017) dianjurkan bersama oleh Perbadanan Labuan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Gapena.

Manakala kerja penyelengg­araan dikelolaka­n oleh Gapena bersama badanbadan gabunganny­a Perwila, Bahasa, DBP Cawangan Sabah dan jabatan-jabatan kerajaan di Wilayah Persekutua­n Labuan.

 ??  ?? PEMIMPIN Perwila yang menerima anugerah Hadiah Kepimpinan dan Jasa Dikenang sempena penganjura­n Hari Sastera Ke-17 di Wilayah Persekutua­n Labuan.
PEMIMPIN Perwila yang menerima anugerah Hadiah Kepimpinan dan Jasa Dikenang sempena penganjura­n Hari Sastera Ke-17 di Wilayah Persekutua­n Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia